Isnin, November 28, 2011

Selangor Agrofest 2011

Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) akan berlangsung pada 28 November hingga 4 Disember 2011 depan di perkarangan tempat letak kereta Stadium Malawati, Shah Alam mensasarkan 4 juta pengunjung.  Ia akan menghimpunkan golongan usahawan pertanian di Selangor bagi mempromosikan dan memasarkan produk pengeluaran mereka kepada orang ramai.

Di pesta ini, MJ Fatonah Sdn Bhd telah di beri amanat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor untuk menyediakan kambing panggang dan ayam belanda panggang berserta dengan kentang putar dan coleslaw di booth JPV pada 1hb Disember 2011.

Kami akan menyediakan hidangan yang pastinya memikat selera pengunjung yang datang ke booth JPV Selangor.  Jumpa anda di sana!!!!

Tiada ulasan: