Rabu, Mei 02, 2012

Pembinaan Bangunan Penginapan Peserta Di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah akan berwajah baru..
Enam unit bilik penginapan sedang dalam pembinaan untuk menempatkan pesera kursus di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah.  Bangunan ini bakal mampu menempatkan 42orang tetamu/peserta pada satu masa.  Bilik-bilik ini berhawadingin dan dilengkapi dengan  bilikair serta tandas.  Ia akan memuatkan 4 buah katil tingkat, sebuah meja hias, meja sisi, locker, rak tuala dan keperluan asas bilik yang lain.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2012 ini.  Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan pembinaan bangunan ini.
MJ Fatonah Sdn Bhd juga merancang untuk meneruskan projek MJ Fatonah Homestay Berkonsepkan Ladang di sini.  Perancangan teliti akan dibuat dengan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Bandar & Wilayah.  Semoga perancangan ini akan berjalan lancar, Insya Allah.

Tiada ulasan: