Jumaat, Mei 03, 2013

LAWATAN DELIGASI PERTANIAN INDIA DI MJ FATONAH

Para deligasi dalam sessi taklimat, suaikenal dan lawatan ladang
Program lawatan deligasi pertanian dari India ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia & Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Seramai 20orang dari berbagai daerah/negeri di India terdiri dari usahawan-usahawan berjaya, penyelidik dan pakar-pakar dibidang masing-masing.  Kumpulan deligasi ini diiringi oleh pegawai-pegawai dari Jab. Veterinar & Jabatan Pertanian Putrajaya.
Program berlangsung selama 3jam dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Sabariah (JPV Putrajaya), penerangan profil syarikat oleh Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Pn Fatonah, demonstarsi pembuatan baja & silaj, jamuan makan tengahari dengan hidangan Vegetarian & non-vegetarian.  Program diakhiri dengan lawatan sekitar ladang dan sessi bergambar.
Para peserta sangat teruja dengan sistem yang kami jalankan di MJ Fatonah Sdn Bhd.  Cabang niaga yang sangat menarik perhatian mereka adalah Program Animal Hotel untuk kambing,  Mereka bercadang untuk mencuba program itu di India.

Tiada ulasan: