Rabu, Jun 26, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi ke2 Jun 2013 (22 - 24hb Jun 2013)

Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb... program berjalan seperti yang dirancang.  Seramai 31orang peserta mengikuti kursus kali ini.  21 orang peserta mengikuti program Kursus Ruminan (Lembu & Kambing) dan 10 orang mengikuti Kursus Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh).
Bobo juga mahu bergambar bersama peserta kursus

Seperti dua sessi kursus sebelum ini, Kumpulan Ruminan dikendalikan oleh En MJ dan Kumpulan Unggas dikendalikan oleh Pn Fatonah.  Walaupun jerebu menyelubungi langit Kuala Selangor ini, namun program yang diatur berjalan lancar. 
Sessi amali Kumpulan Ruminan
Sessi amali Kumpulan Unggas
Terima kasih kepada semua para peserta dan semoga bertemu di puncak kejayaan..Teruskan usaha dan semoga kita terus berhubung sebagai jaringan usahawan yang berjaya...

Tiada ulasan: