Ahad, Julai 21, 2013

Ayam Mutiara / Api-api - Unggas Hiasan & Hasil Daging


Ayam Mutiara atau Ayam api-api ini berasal dari Afrika.  Mempunyai keunikan dari bentuk fizikalnya, bulunya berbintik-bintik hitam kelabu dan bunyi kokokan nyaringnya.  Terlalu banyak kelebihan menternak ayam mutiara ini berbanding ayam biasa.  Antaranya:
·         Sebagai hiasan ladang kerana keunikan fizikanya
·         Sebagai ‘polis ladang’ kerana kokokan nyaringnya boleh menghalau ular / pemangsa
·         Dagingnya berkhasiat dan rendah kolesterol (Bagi setiap 100 gram, lemak dalam ayam mutiara cuma 2g manakala ayam daging, 6g)
·         Telurnya dipercayai mampu meningkatkan hubungan kelamin.
·         Pengambilan makanannya juga tidak banyak berbanding ayam biasa
·         Tahan lasak kepada cuaca panas
·         Daya tahan penyakit lebih tinggi
·         Produktif, mampu bertelur sehingga 30biji semusim dan tempoh produktif sehingga 7tahun


Tempoh matangnya pula sembilan bulan keatas. Tempoh pengeraman telur ayam mutiara adalah 28 hari.  Ayam mutiara yang diternak bebas, suka bertelur di dalam semak dan spesis ini tidak begitu baik keboleheramannya.  Jadi, inkubator (mesin tetasan) diperlukan untuk menetaskan telur-telurnya.

Stok terkini di ladang MJ Fatonah adalah baka kelabu (seperti di gambar) sebanyak 120ekor.  Harga RM60/ekor (jantan atau betina).  Tawaran terkini RM100/pasang. Sehingga habis stok. Hubungi 012-3343800 (Fatonah) untuk tempahan / maklumat lanjut.

Tiada ulasan: