Rabu, September 11, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Sessi 1 September 2013 (7-9hb)

Syukur Alhamdulillah...setelah lebih dua bulan tidak menjalankan program kursus kerana memberi laluan untuk program-program di bulan Ramadhan dan Syawal, sessi 1 bulan September 2013 berlangsung pada 07-09hb Sept 2013.  Seramai 30 orang menyertai kursus ini, 14 orang mengikuti program Unggas (ayam kampung, itik & puyuh) dan 16 orang mengikuti program Ruminan (Lembu & Kambing).  Peserta datang dari berbagai negeri dan yang paling menarik, program kali ini disertai oleh seorang peserta dari Nigeria dan seorang dari Bangladesh.
Peserta Kursus Ternakan Unggas
Seperti biasa, kumpulan Unggas dan Ruminan diasingkan semasa amali.  Kumpulan Unggas diberi pengalaman menyediakan perindukan, memberi vaksin kepada anak ayam/itik/puyuh, membuat nyahkuman di sekitar reban dan melakukan sembelihan halal.
Peserta Kursus Ruminan
Kumpulan Ruminan pula diberi peluang memahirkan diri merawat lembu/kambing, memberi makan, mengumpul tinja untuk dibuat baja dan membuat silaj.
Dari komen yang diberi di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan modul yang disusun untuk kursus ini, fasiliti serta makan minum yang disediakan.
Kami dari warga MJ Fatonah Sdn Bhd berharap segala ilmu dan maklumat yang dikongsikan sepanjang kursus ini dapat membantu peserta menyiapkan diri untuk menceburi bidang ternakan ini.  Jutaan terima kasih atas amanh dan kepercayaan yang diberikan.  Terima kasih juga kerana memilih Akademi MJ Fatonah sebagai pusat latihan ternakan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya cikgu zul akan menyertai kursus di MJFatonah pada 21-23sept nanti.

alhamdulillah, melihatkan laporan kursus sesi 1 yang berjalan pada awal bulan september lepas...sangat menggamit perasaan untuk saya hadir dan menuntut ilmu sebanyaknya tentang penternakan.
moga ianya bermanfaat buat diri,keluarga,ummah dan agama...amin.

besar harapan saya, MJFatonah dapat terima dan bimbing saya sebagai anak murid dan ingin berjaya seperti MJFatonah...amin