Ahad, Julai 21, 2013

Ayam Mutiara / Api-api - Unggas Hiasan & Hasil Daging


Ayam Mutiara atau Ayam api-api ini berasal dari Afrika.  Mempunyai keunikan dari bentuk fizikalnya, bulunya berbintik-bintik hitam kelabu dan bunyi kokokan nyaringnya.  Terlalu banyak kelebihan menternak ayam mutiara ini berbanding ayam biasa.  Antaranya:
·         Sebagai hiasan ladang kerana keunikan fizikanya
·         Sebagai ‘polis ladang’ kerana kokokan nyaringnya boleh menghalau ular / pemangsa
·         Dagingnya berkhasiat dan rendah kolesterol (Bagi setiap 100 gram, lemak dalam ayam mutiara cuma 2g manakala ayam daging, 6g)
·         Telurnya dipercayai mampu meningkatkan hubungan kelamin.
·         Pengambilan makanannya juga tidak banyak berbanding ayam biasa
·         Tahan lasak kepada cuaca panas
·         Daya tahan penyakit lebih tinggi
·         Produktif, mampu bertelur sehingga 30biji semusim dan tempoh produktif sehingga 7tahun


Tempoh matangnya pula sembilan bulan keatas. Tempoh pengeraman telur ayam mutiara adalah 28 hari.  Ayam mutiara yang diternak bebas, suka bertelur di dalam semak dan spesis ini tidak begitu baik keboleheramannya.  Jadi, inkubator (mesin tetasan) diperlukan untuk menetaskan telur-telurnya.

Stok terkini di ladang MJ Fatonah adalah baka kelabu (seperti di gambar) sebanyak 120ekor.  Harga RM60/ekor (jantan atau betina).  Tawaran terkini RM100/pasang. Sehingga habis stok. Hubungi 012-3343800 (Fatonah) untuk tempahan / maklumat lanjut.

Tong Kedap Udara - Simpanan Silaj (silo) & Makanan Ternakan


Tong kedap udara untuk simpanan silaj (silo) dan makanan ternakan.  Silaj adalah rumput peram yang disimpan di dalam tong kedap udara (silo) kerana pemeraman rumput / foraj berlaku tanpa udara.  Silaj boleh digunakan sebagai bekalan makanan kecemasan diketika kita tidak dapat menyediakan rumput segar kepada ternakan.
Bagi tujuan penternakan unggas dan arnab, tong ini digunakan untuk menyimpan dedak / makanan ternakan.  Ini amat penting bagi mengelakkan tikus yang boleh mencemarkan dedak tersebut.  Makanan yang tercemar dengan kencing dan najis tikus boleh mengakibatkan penyakit fowl cholera / pasturella.  Jadi, mencegah lebih baik dari mengubati.
Harga istimewa yang sedang ditawarkan adalah RM42/unit.  Setiap tong dilengkapi dengan penutup dan klip kedap udara.  Tempah segera, Harga ini terhad kepada 400unit tong sahaja.  Pengangkutan boleh disediakan dengan caj yang berpatutan.
Hubungi: 012-3343800 (Fatonah) untuk tempahan.

Rabu, Julai 10, 2013

AYAM BELANDA SIAP PROSES DIJAMIN HALAL


Rasai kenikmatan daging ayam belanda / ayam piru tanpa rasa was-was kehalalannya.  Ayam Belanda siap proses di MJ Fatonah Sdn Bhd dijamin HALAL & SELAMAT (HALALAN TOYYIBA).  Kami memastikan ayam-ayam belanda di ladang kami halal dari segi penternakannya, pemakanan, perubatan, penyembelihan & pemprosesannya.

PERINGATAN:  
Ayam Belanda Sejukbeku Import kebanyakannya TIDAK HALAL

Harga Tawaran:

1.       Ayam Belanda Hidup Jantan RM30/kg
2.       Ayam Belanda Hidup Betina RM150/ekor
3.       Ayam Belanda Siap Proses RM40/kg (4-6kg/ekor)
4.       BBQ Ayam Belanda (pakej dgn servis memanggang & 3jenis sos)
          a.       RM1100 untuk 5ekor
          b.       RM200 tambahan setiap ekor
5.       Rendang / Masak Kari Ayam Belanda
          a.       RM550 untuk 2ekor
          b.       RM200 tambahan setiap ekor
6.      Anak Ayam Belanda (umur 1minggu) RM15/ekor


 
Kepada yang berminat untuk mempelajari teknik penternakan ayam belanda, kami juga menyediakan:
1.       Pakej Kursus Ternakan 3h2m
2.       Pembinaan Reban / Stor Makanan
3.       Pembekalan Makanan
4.       Pembekalan Perubatan & Pro biotik

Hubungi  Fatonah @ 012-3343800 untuk pertanyaan lanjut / tempahan.