Jumaat, Februari 28, 2014

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan (Lembu & Kambing) Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kampung, itik & puyuh)

KP1403 Kursus Usahawan Ternakan Ruminan (lembu dan kambing) & Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kampung, itik dan puyuh) akan di jalankan di Akedemi Usahawan MJFatonah Kuala Selangor pada 8hb - 10hb Mac 2014 (Sabtu-Isnin). Yuran kursus RM700 termasuk penginapan dan makan/minum.
Sila hubungi 012-3343800 untuk pendaftaran. Depositkan RM100 ke akaun Maybank MJ FATONAH SDN BHD 562085515735 untuk booking tempat dan bakinya dibayar sewaktu pendaftaran 8hb Mac 2014, jam 10am

Jadual program seperti dibawah.


Peta menuju ke Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor
Jadual Kursus ayam kampung, itik dan puyuh (Unggas) seperti di bawah


Kursus seterusnya akan diadakan pada 22hb - 24hb Mac 2014.  Pendaftaran untuk sessi ini juga telah dibuka.  Daftar segera!!

Ahad, Februari 23, 2014

Seminar EM dan Lawatan sambil belajar di Lembah EM IPSA, Bali Indonesia

Bali adalah salah satu destinasi Lembah EM yang di kenali sebagai Institut Pengembangan Sumber Daya Alam (IPSA) terletak di Buleleng Bali, kira-kira 3jam perjalanan daripada International Airport, Bandara Ngurah Rai.

Kami dijemput oleh Pak Yoyok
Keluasan 10 hektar menyediakan program latihan berkenaan EM seperti di Saraburi, Thailand yang pernah kami kunjungi pada tahun 2009.  Pakej yang kami pilih adalah 5 hari 4 malam (23-27hb Feb 2014) dengan kos berjumlah 5 juta rupiah seorang tidak termasuk tiket kapal terbang.

Susunan program bermula di airport, kami di jemput oleh rakan kursus 2009 di Saraburi iaitu Pak Yoyok. Kami dibawa makan tengahari di Gerai makanan nasi pecel. Kami mencuba makan sup buntut  dan nasi pecel yang sangat sedap.
Selepas makan , kami dibawa mendaftar ke hotel. Selepas solat jamak zohor dan asar kami dibawa melawat Tanah Lot di Wilayah Tabanan. Di dalam perjalanan kami sempat singgah sebentar di pantai Kuta.
Bergambar di Tanah Lot


Di Pantai Kuta. Penuh dengan pelancong

Tanah Lot adalah kawasan besejarah 600 tahun dahulu sewaktu kerajaan majapahit membina kuil budha di tengah laut. Sekarang kawasan ini menjadi salah satu destinasi pelancungan di Bali. Kami makan malam ikan bakar di pantai Jimbaran. Kawasan ini adalah kawasan pelancong menjamu selera. Aktiviti tarian juga dipersembahkan sewaktu pengunjung menikmati hidangan. Jam 8.30pm kami beristirehat di Hotel Quest, Denpasar.

Hari kedua(24hb Feb 2014)
6am cahaya di luar bilik sudah seperti jam 8am di Kuala Selangor. Pagi ini program dimulakan dengan sarapan pagi. Alhamdulilah, syukur rezeki Allah.
Bersarapan pagi di tepi kolam renang
Mai makan kawan-kawan
Lawatan ke ladang betik dan kandang sapi bali. Kawasan 2 hektar yang menggunakan sepenuhnya EM. Betik ditanam menggunakan baka California dan Orange Lady yang pokoknya rendah sahaja. Di kawasan kandang lembu, kumbahannya di buat biogas..simple dan murah..Insyaallah kami akan melaksanakan projek biogas di ladang MjFatonah.
Sapi bali betina
Sapi bali dan sapi betina yang diternak untuk mendapatkan hasil tinjanya sebagai biogas dan baja kompos
Sapi bali jantan
Baka betik california yg berbuah selepas 6 bulan dan subur sehingga setahun. Pokoknya rendah sahaja..Tersangat subur.
Betik baka california
Makan.malam nasi padang
Sempat makan nasi padang di Bandar Kuta
Sempat shooping di Krisna
Shopping di Krisna tidak dilupakan
Terapi dgnherba bokashi EM
Berterapi dan picit menggunakan Bokashi herba EM
Bergambar bersama kluang bali
Sempat bergambar bersama keluang bali bernama Rina dan iguana bernama John yg manja dan jinak
Bergambar bersama iguana
Tempat dimana Seminar EM dijalankan.  Aktiviti hari ketiga padat dengan topik penggunaan EM di lapangan orkid, perikanan dan penternakan. Disebelah petangnya di buat praktikal bagaimana EM5 dibuat dan pencampuran pemakanan ternakan menggunakan EM serta cara membuat mudball
Disini kami kursus dan bersaminar EM
Hari ke 4, pagi-pagi selepas sarapan kami sebelum berangkat ke Denpasar diberi sijil penyertaan. Terima kasih IPSA kerana berkongsi pengalaman bersama kami
Graduated


Nutrient Pemakanan Ternakan di Malaysia

JPV Malaysia telah mengambil inisiatif untuk sebagai panduan penternak mendapatkan kandungan nutrient rumput dan semua bahan yang boleh digunakan di dalam pemakanan ternakan.
Kandungan yang dinyatakan sebagai panduan sahaja, untuk mendapatkan nutrient yang tepat, sample bahan perlu dihantar ke makmal kerana ianya berbeza mengikut kawasan tempat iannya ditanam
Layari web ini utk mendapatkan panduan utk kita bersama..TKasih JPV

 .https://m.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fattachment.fbsbx.com%2Ffile_download.php%3Fid%3D654963944566898%26eid%3DASucRsvBmOCiXS9O5B0leTpWPeH3A2N0y3yKXIRE7PeUe5rsIq8QeMa0aLqKBUEH7YA%26ext%3D1393115494%26hash%3DAStPgNTnOKUWme5_&h=DAQEZgl7h&no_warn_external=1

Jumaat, Februari 21, 2014

Reban Ayam Kampung En Shaharudin di Teras Jernang Bangi

Alhamdulilah En Shaharudin mengamanahkan MJ Fatonah Sdn Bhd membina dan menyiapkan reban ayam berkapasiti 900 ekor (300 ekor sepusingan) yang berkeluasan 45' x 60'.

3 unit reban pembesaran berkeluasan 15' x 20' setiap satu untuk 300 ekor yang berlantai simen di bawah dan kawasan bermainnya 30' x 20' dipagar jaring pukat sekitarnya.

Untuk permulaan, 300 ekor anak ayam telah dibeli termasuk makanan untuk 3 bulan pemeliharaannya. Ayam ini adalah kacukan Perancis yang dijadualkan pembesarannya selama 100 hari dengan berat ayam selepas matang sekitar 1.8-2.2 kg.

En Shahrudin berkursus ternakan ayam kampung di Akedemi MjFatonah pada Februari 2013. Marilah kita doakan bersama-sama agar usaha beliau dipermudahkan oleh Allah..Amin

Reban perindukan yang menepatkan 300ekor anak ayam (100ekor/petak)
Gambar di bawah adalah rangka reban di dalam pembinaan bermula Khamis 20hb Feb dan di jangka siap pada Rabu 26hb Feb.
Reban pembesaran dalam pembinaan
300 ekor Anak ayam kacukan dimasukkan
28hb Feb...Usai sudah kerja-kerja pembinaan reban ayam En Saharudin. Dibawah adalah gambar-gambar bangunan reban yang telah siap di bina
Reban pembesaran dan reban perindukan didalamnya. Dibawah adalah auto drinker dan bekas makanan serta tempat bertengek

Reban pembesaran pusingan ke 2 dan ke 3 dan pandangan reban perindukan yang telah memuatkan 300 ekor anak ayam. 2 tong biru adalah tempat simpanan dedak starter untuk mengelakkan dari serangan tikus.

3 unit reban pembesaran pandangan dari atas yang setiap pusingan 300 ekor dan dibawah adalah anak ayam yang sihat telah divaksin dengan ND-IB untuk elakkan penyakit sampar.

Terima kasih kepada En Sahrudin atas kepercayaan yang diberikan kepada MJFatonah. Kami senantiasa membantu fan terus membantu dari masa ke semasa. Ya Allah..Permudahkan urusan ternakan Sahabat MjFatonah ini..Amin

Pembuatan makanan ternakan

MJ Fatonah melangkah setapak lagi dengan projek terbaru; PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN.  Dengan mengenalpasti nutrien-nutrien penting yang ada dalam pemakanan ternakan, dari bahan-bahan mentah tempatan.
Sebuah mesin palletizer, pengadun (mixer) dan pengisar telah ditempah untuk memenuhi keprluan projek ini.
Pellet dengan formulasi tersendiri untuk ternakan lembu, kambing, ayam kampung, itik pedaging serta puyuh.
Dengan kapasiti awal mesin 400kg/jam, syarikat menjangkakan pengeluaran akan memenuhi keperluan ladang sendiri dan membuka ruang utk berkongsi kelebihan pellet ini dengan penternak lain.  Kapasiti dan bilangan mesin akan ditambah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.
Penggunaan makanan buatan sendiri ini akan mengurangkan kos operasi dan sekaligus menambah keyakinan pelanggan tentang status kehalalan makanan ternakan yang sangat diragui sekarang ini.

Insya Allah, rancangan kami menghasilkan makanan ternakan dapat di realisasikan seawal petengahan March 2014.

Moga Allah permudahkan rĂ ncangan kami ini. Doa anda semua juga kami perlukan. Amin

Mesin pellet makanan ternakan yang telah ditempah dan dijangka akan mula beroperasi Mac 2014.
Mesin gaul bahan-bahan campuran makan yang bakal di beli untuk mempercepatkan proses pengaulan bahan mentah


Khamis, Februari 20, 2014

Lawatan Kerja Pegawai Mardi Selangor

Tanggal 17hb Feb 2014 Lawatan kerja oleh pegawai MARDI yang berpejabat di Jalan Kebun Klang, Selangor Dr Shahrizan bersama 2 pegawai lagi. Beliau bertugas di dalam sektor ternakan dan sedang mengumpul maklumat permasalahan yang dihadapi oleh penternak di dalam industri ini .
MJ Fatonah berkongsi masalah pemakanan dan sumber input ternakan yang harganya tiada kawalan.
Kami mengharapkan ada rancangan jangka masa panjang yang dikeluarkan oleh pihak MARDI di dalam membantu industri ternakan negara terutama penghasilan makanan. Kami memohon bantuan beliau didalam menghasilkan formula makanan yang boleh dibuat sendiri oleh penternak.
Terima kasih atas lawatan ini, moga siratulrahim dapat dijalinkan berterusan dan membantu kami dalam memastikan industri ini terus berdaya saing.
Bersama Dr Shahriza dan pegawai MARDI.


Rabu, Februari 19, 2014

Kursus Usahawan Ruminan(Lembu&Kambing) dan Kursus Usahawan Unggas (Ayam,itik&puyuh)

KP1403 Kursus Persendirian kali ke 3 bagi tahun 2014 untuk Usahawan Ternakan Lembu & Kambing dan Usahawan Ternakan Unggas (Ayam kampung, itik & Puyuh) akan di adakan pada 8-10hb Mac 2014. Kursus yang sama juga,  KP1404 kali ke 4 pula akan dijalankan pada 22-24hb Mac 2014.

Yuran penyertaan RM700 sahaja meliputi makan & minum, penginapan dan program teori & amali yang dijalankan. Untuk tempahan tempat kursus sila deposit kan RM100 ke akaun Maybank MJ FATONAH SDN BHD dan bakinya dilunaskan sewaktu pendaftaran.

Kursus ini dijalankan di Akedemi Usahawan MJ Fatonah. Sijil yang dikeluarkan adalah sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia kerana MJ Fatonah Sdn Bhd adalah pusat latihan swasta yang ditauliah oleh mereka.

Sila hubungi 012-3343800 untuk maklumat lanjut.

Jadual program seperti di bawah

Perkongsian pengalaman bersama Pelajar Program Inkubasi UPM

MJ Fatonah Sdn Bhd dijemput oleh Pengarah Inkubasi Tani UPM Tn Hj Sahbani untuk memberikan ceramah kepada pelajar inkubasinya. Ini kali ke 3 kami dijemput ke program ini.

Puan Siti Fatonah berkongsi pengalaman sepanjang menjalankan aktiviti penternakan sejak tahun 2005. Seramai 60 org pelajar inkubasi yang hadir.

Suntikan motivasi juga diberikan untuk memberikan semangat baru kepada bakal penternak yang ingin ceburi industri ternakan.

MjFatonah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Inkubasi Tani UPM atas jemputan ini.Moga peserta inkubasi ini berjaya menjalankan aktiviti asastani yang mereka minati.

Tahniah semua dan Selamat Datang kedalam industri ini. Penternakan menjanjikan anda sebagai JUTAWAN!
Puan Siti Fatonah memberi taklimatnya
 Program dibuat di Falkuti Food  Teknologi
Seramai 60 orang Peserta Inkubasi Tani

TV1 - Apa Kata Wanita (Agronita)

 
http://youtu.be/_KP7ZgIWZWs

Terima kasih kepada RTM1 dan LPP kerana memilih MJ Fatonah untuk mengisi slot Agronita kali ini.  Slot ini bersiaran pada 25hb Januari 2014, jam 11am.  Kami selalu bersedia untuk berkongsi maklumat dan cerita dengan penonton-penonton.  
Penggambaran dimulakan di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Selangor dan terus ke MJ Fatonah sekitar jam 9.30am.  Rombongan dari LPP Negeri Selangor bersama Pengurus Besar PPK Kuala Selangor, En Hafiz bin abdul Aziz.
Slot mengisahkan sedikit sebanyak latar belakang syarikat, sejarah penglibatan dan penubuhan syarikat serta halatuju / perancangan masa depan.
Untuk mengikuti slot siaran ini, layari di youtube http://youtu.be/_KP7ZgIWZWs

Selasa, Februari 18, 2014

Bantuan KPS kepada peserta RKRS(Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor)

Syukur Alhamdulillah, seramai 75 orang penerima bantuan modal bernilai RM1500 setiap orang disumbangkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada yang layak di dalam program CSR nya.
Bantuan ini berbentuk ternakan dan makanan ternakan. Antara ternakan yang dipilih peserta ialah ayam kampung, itik telur, kambing aqiqah atau biak dan lembu pedaging.
MJ Fatonah Sdn Bhd telah diamanahkan untuk mengenalpasti peserta yang layak menerima bantuan ini selepas program kursus RKRS dijalankan.  Terima kasih KPS yang memberi kepercayaan kepada kami.
Kepada peserta yang menerima bantuan, selamat maju jaya dan ini adalah suntikan semangat juang anda di dalam industri ternakan. MJ Fatonah Sdn Bhd dan KPS mendoakan semoga Allah permudahkan urusan anda semua.
Terima kasih kepada wakil KPS En Fauzi dan En Ismail yang hadir menyampaikan bantuan modal ini, juga kepada En Sharul sebagai jurugambar dalam majlis pagi ini.
Gambar kenangan penerima bantuan bersama wakil penaja KPS)
Pak Teh yang menerima bantuan sepasang kambing serta 1 beg makanan. Beliau menternak d Jenjarom, Banting
5 adik beradik yang menerima bantuan lembu jantan,biri-biri dan ayam kampung. Mereka menjalankan aktiviti ternakan di tanah seluas 18 ekar di Kuala Selangor 
Penerima bantuan anak ayam(Bad,aswad dan Zamri) dan sepasang kambing (Nabil)
Puan Farah menerima sepasang kambing yang ternakan beliau terus dihantar ke kandangnya di Kuala Tahan 
 
En Wazir dari Sabak Bernam menerima bantuan anak ayam dan makanannya

En Zamri menerima bantuan anak ayam dan makanannya dari En Fauzi. Beliau menternak di Melaka

 Wakil dari KPS En Fauzi, En Ismail dan En Shahrul
En Nik Ammar menjalankan projek ternakan ayam kampung d Pasir Putih. Beliau menerima bantuan mechine proses ayam

Ahad, Februari 16, 2014

Kursus Persendirian Unggas dan Ruminan (KP1402)

Seramai 11 orang yang hadir di dalam program kursus penternakan unggas (Ayam, itik & puyuh) dan ruminan (lembu & kambing).

Kursus ini bermula jam 10am pada hari sabtu 15hb feb 2014 dan berakhir jam 1pm hari Isnin 17hb feb 2014.

Hari pertama peserta di dedahkan teori industri ternakan di Malaysia dan teori pembiakan, pembakaan, perumahan dan pemakanan ternakan. Sebelah malamnya di tunjukan program kesihatan ternakan, pembuatan baja serta penyembelihan halal.

Hari kedua program di jalankan aktiviti 'feeding and cleaning', pemeriksaan kesihatan/pemvaksinan , membuat baja, silaj dan aktiviti pencegahan penyakit di bhg unggas(nyahkuman dan pembakaran hama). Malamnya aktiviti bincang niaga dgn dijamu bbq kambing.

Hari terakhir di ajar aspek pemasaran yang berkesan, pengiraan kos serta untungrugi industri ini, pendedahan penggunaan dan pembuatan EM dan diakhiri dengan cara membuat rancangan perniagaan yang betul.

Perserta si bekalkan dengan t-shirt dan topi MjFatonah, 5kg baja serta gambar beekumpulan.Kepada yang inginkan info-info ternakan boleh membeli pendrive 8G yang penuh dgn info mengenai ternakan ayam, itik, lembu, kambing, puyuh, arnab, probiotik dan info-info berkenaan industri ternakan.

Terima kasih kepada semua 11 orang yang menghadiri kursus ini. Kumpulan ini di hubungkan antara mereka dengan diwujudkan whatapp group .