Ahad, Februari 16, 2014

Kursus Persendirian Unggas dan Ruminan (KP1402)

Seramai 11 orang yang hadir di dalam program kursus penternakan unggas (Ayam, itik & puyuh) dan ruminan (lembu & kambing).

Kursus ini bermula jam 10am pada hari sabtu 15hb feb 2014 dan berakhir jam 1pm hari Isnin 17hb feb 2014.

Hari pertama peserta di dedahkan teori industri ternakan di Malaysia dan teori pembiakan, pembakaan, perumahan dan pemakanan ternakan. Sebelah malamnya di tunjukan program kesihatan ternakan, pembuatan baja serta penyembelihan halal.

Hari kedua program di jalankan aktiviti 'feeding and cleaning', pemeriksaan kesihatan/pemvaksinan , membuat baja, silaj dan aktiviti pencegahan penyakit di bhg unggas(nyahkuman dan pembakaran hama). Malamnya aktiviti bincang niaga dgn dijamu bbq kambing.

Hari terakhir di ajar aspek pemasaran yang berkesan, pengiraan kos serta untungrugi industri ini, pendedahan penggunaan dan pembuatan EM dan diakhiri dengan cara membuat rancangan perniagaan yang betul.

Perserta si bekalkan dengan t-shirt dan topi MjFatonah, 5kg baja serta gambar beekumpulan.Kepada yang inginkan info-info ternakan boleh membeli pendrive 8G yang penuh dgn info mengenai ternakan ayam, itik, lembu, kambing, puyuh, arnab, probiotik dan info-info berkenaan industri ternakan.

Terima kasih kepada semua 11 orang yang menghadiri kursus ini. Kumpulan ini di hubungkan antara mereka dengan diwujudkan whatapp group .



Tiada ulasan: