Rabu, Februari 05, 2014

Lawatan Ke Tapak Projek Peserta RKRS

Hari-hari kelapangan di antara program-program kursus, jemputan ceramah dan projek pembinaan reban/kandang, kami isi dengan lawatan ke tapak projek peserta Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor.  Dua tempat yang dilawati ialah kolam ikan Encik Hanim bin Raduan di Semenyih.  Semenyih Fish Valley sebuah tempat rekreasi yang sangat cantik pemandangannya.
Kami ditemani oleh rakan peserta RKRS, Hasina dan Hamilia.. Terima kasih En Hanim untuk makan tengahari yang sangat POWER!!
Pemandangan kolam ternakan ikan di Semenyih Fish Valley
Pemandangan kolam ternakan ikan di Semenyih Fish Valley 

MJ Fatonah bersama En Hanim, Hasina dan Hamilia
Sempat posing lagi....
Setelah menjamu selera dengan menu ikan talapia yang sangat enak dan menjamu mata dengan keindahan kolam ternakan ikan di sini, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu kilang memproses makanan sejuk beku Ramina Food Industry Sdn Bhd milik Hasina.
 
Tumpang bangga dengan pencapaian kawan-kawan dalam perniagaan
Minum petang dijamu dengan sosej jumbo
Terima kasih Hasina kerana memberi peluang kepada kami melawat kilang pemprosesan makanan sejuk beku miliknya.  Dan ribuan terima kasih untuk buah tangan yang dibekalkan..
Destinasi seterusnya, kami menziarah seorang sahabat MJ Fatonah, Effendy di Hospital Tunku Ampuan Najihah.  Anak beliau mengalami komplikasi kronik jantung dan paru-paru.  Bayi ini dipaksa lahir diusia kandungan 34minggu.  Ketika artikel ini ditulis, bayi istimewa ini telah pun dijemput Allah untuk bersamaNya semula.  Semoga Abdullah Uwais Al Qarni bin Mohd Effendy menunggu ibu ayahnya di Jannatul Firdaus..

Tiada ulasan: