Jumaat, Februari 21, 2014

Reban Ayam Kampung En Shaharudin di Teras Jernang Bangi

Alhamdulilah En Shaharudin mengamanahkan MJ Fatonah Sdn Bhd membina dan menyiapkan reban ayam berkapasiti 900 ekor (300 ekor sepusingan) yang berkeluasan 45' x 60'.

3 unit reban pembesaran berkeluasan 15' x 20' setiap satu untuk 300 ekor yang berlantai simen di bawah dan kawasan bermainnya 30' x 20' dipagar jaring pukat sekitarnya.

Untuk permulaan, 300 ekor anak ayam telah dibeli termasuk makanan untuk 3 bulan pemeliharaannya. Ayam ini adalah kacukan Perancis yang dijadualkan pembesarannya selama 100 hari dengan berat ayam selepas matang sekitar 1.8-2.2 kg.

En Shahrudin berkursus ternakan ayam kampung di Akedemi MjFatonah pada Februari 2013. Marilah kita doakan bersama-sama agar usaha beliau dipermudahkan oleh Allah..Amin

Reban perindukan yang menepatkan 300ekor anak ayam (100ekor/petak)
Gambar di bawah adalah rangka reban di dalam pembinaan bermula Khamis 20hb Feb dan di jangka siap pada Rabu 26hb Feb.
Reban pembesaran dalam pembinaan
300 ekor Anak ayam kacukan dimasukkan
28hb Feb...Usai sudah kerja-kerja pembinaan reban ayam En Saharudin. Dibawah adalah gambar-gambar bangunan reban yang telah siap di bina
Reban pembesaran dan reban perindukan didalamnya. Dibawah adalah auto drinker dan bekas makanan serta tempat bertengek

Reban pembesaran pusingan ke 2 dan ke 3 dan pandangan reban perindukan yang telah memuatkan 300 ekor anak ayam. 2 tong biru adalah tempat simpanan dedak starter untuk mengelakkan dari serangan tikus.

3 unit reban pembesaran pandangan dari atas yang setiap pusingan 300 ekor dan dibawah adalah anak ayam yang sihat telah divaksin dengan ND-IB untuk elakkan penyakit sampar.

Terima kasih kepada En Sahrudin atas kepercayaan yang diberikan kepada MJFatonah. Kami senantiasa membantu fan terus membantu dari masa ke semasa. Ya Allah..Permudahkan urusan ternakan Sahabat MjFatonah ini..Amin

3 ulasan:

azzarkasyi nasib berkata...

Assalam MJ FATONAH..sy nk tye brpa kos untuk buat reban mcm en.shaharudin nie ea?

surhaidi avanzator berkata...

Assalamualaikum..dengan izin Allah..dn restu..pasti saya bakal jadi seperti beliau..tahniah!

Yusuff Nizam berkata...

Assalamualaikum, Tuan berminat untuk mengambil pelajar praktikal dalam bidang ternakan poltri?
0124227558(Yusuff)..kerjasama dari pihak tuan amat dihargai