Selasa, Mac 18, 2014

Taklimat Peluang Perniagaan Ternakan kepada Koperasi Negeri Pulau Pinang Anjuran ANGKASA Pusat

ANGKASA Pusat telah menganjurkan Bengkel Keusahawanan Koperasi Pulau Pinang mulai 18hb Mac 2014 hingga 19hb Mac 2014 di TH Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Seramai 45 orang koperator yang hadir didalam seminar 2 hari ini.
Koperasi MJ Fatonah dijemput untuk memberi cetusan idea perniagaan ternakan kepada koperator-koperator yang hadir.
Pengerusi Koperasi Puan Fatonah dan setiausaha Koperasi MJ Fatonah, Mohamad Jamil hadir ke program ini yang dijalankan pada 18hb Mac 2014 jam 08pm-10pm. Koperator didedahkan potensi sebenar senario ternakan negara.  Untuk projek perniagaan koperasi masjid, program aqiqah dan korban boleh dijalankan oleh koperasi mereka.
Dua kaedah yang dicadangkan iaitu menjalankan projek ternakan sendiri atau berkerjasama dgn penternak sedia ada.
Kami bertolak dari Shah Alam Jam 12 tengahari dan sampai di TH Hotel Bayan Lepas jam 4 pm. Pertama kali menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 15km tanpa tol. Perjalanan yang dipermudahkan oleh Allah.  Alhamdulilah.


Pengerusi Koperasi MjFatonah memberi taklimatnya
45 orang koperator koperasi hadir mendengar taklimat
Puan Fatonah sempat bergambar di Taman TH Hotel

Tiada ulasan: