Khamis, Mac 27, 2014

Taklimat Peluang Perniagaan Ternakan Dengan Koperator Negeri Melaka

ANGKASA Pusat sekali lagi menganjurkan Bengkel Keusahawanan Koperasi.  Kali ini bersama dengan Koperasi Negeri Melaka.  Bengkel diadakan mulai 25hb Mac 2014 hingga 26hb Mac 2014 di Avillion Legacy, Bandar Melaka.  Seramai 45 orang koperator menghadiri seminar 2 hari ini.
Koperasi MJ Fatonah dijemput untuk memberi cetusan idea perniagaan ternakan kepada koperator-koperator yang hadir.
Pengerusi Koperasi Puan Fatonah dan setiausaha Koperasi MJ Fatonah, Mohamad Jamil hadir ke program ini yang dijalankan pada hari kedua bengkel, pada 26hb Mac 2014 jam 10.30am-12pm. Koperator didedahkan potensi sebenar senario ternakan negara.  Untuk projek perniagaan koperasi masjid, program aqiqah dan korban boleh dijalankan oleh koperasi mereka.

Cantik Hotel ni..
Bilik taklimat bengkel ni depan kolam renang.. rase nak terjun jer...
Ni hall dia... cantik sangat2
Terima kasih ANGKASA Pusat untuk jemputan ini.  Mudah-mudahan maklumat yang dikongsikan oleh Koperasi MJ Fatonah menjadi perangsang dan semangat serta terbuka minda untuk menceburi bidang ternakan ini.



Tiada ulasan: