Selasa, April 22, 2014

Audit Pertauliahan Pusat Latihan Swasta oleh Bhg Latihan JPV Putrajaya

Akademi Usahawan MJ Fatonah adalah salah satu dari empat pusat latihan swasta yang ditauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV), Putrajaya.  Pengtauliahan ini adalah sebagai langkah-langkah jabatan memastikan pusat-pusat latihan yang menjalankan kursus/latihan/seminar mempunyai ciri-ciri asas pusat latihan seperti:
1.  Fasiliti penginapan dan bilik kuliah yang lengkap dan selesa
2.  Modul pembelajaran yang menepati keperluan kursus (Teori dan Amali)
3.  Tenaga pengajar yang bertauliah, berilmu dan berkemahiran
4.  Lain-lain kemudahan seperti surau, tempat letak kereta, ruang riadah dan sebagainya
Ia juga akan memastikan pusat-pusat latihan tidak sewenang-wenangnya menjalankan kursus tanpa pemantauan pihak jabatan.
Sudah menjadi kewajiban pihak jabatan akan mengaudit setiap 2 tahun.  sebelum lanjutan pengtauliahan diluluskan.  Hari ini Akedemi Usahawan MJ Fatonah diaudit oleh Dr Sabariah dari Bahagian Latihan JPV Putrajaya. Turut bersama beliau, Dr Syakirah dan AVO Puan Liz.
Senarai semak merangkumi rekod-rekod ladang, fasiliti akademi, modul kursus, senarai tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran serta kediaman untuk peserta.
Alhamdulilah, MJ Fatonah menepati piawaian yang ditetapkan dan pertauliahan disambung 2 tahun lagi sehingga Mac 2016.

Dr Sabariah, Dr Syakirah dan Puan Liz
Pegawai Audit meninjau bilik kuliah dan kemudahan bilik yang disediakan
Fatonah menerangkan fasiliti penginapan yang disediakan
Bergambar kenangan bersama Dr Sabariah, D Syakirah dan Puan Liz

Terima kasih kepada Dr Sabariah dan crew yang hadir mengaudit akademi kami hari ini. Amanah yg diberikan kami pikul demi mempertabatkan industri ternakan negara.
Oleh itu, sebelum berkursus di pusat-pusat latihan swasta, pastikan mereka memiliki Sijil Tauliah Pengendali Kursus yang dikeluarkan oleh JPV, Malaysia bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jabatan.



Tiada ulasan: