Khamis, April 10, 2014

Liputan Akhbar - Intim Bagaikan Belangkas

Sekali lagi MJ Fatonah Sdn Bhd diberi peluang menghiasi dada akhbar pada 8hb April 2014, di ruangan BH2 (mukasurat 12-13).
Kali ini agak berbeza cerita yang diketengahkan. Artikel yang diberi tajuk INTIM BAGAIKAN BELANGKAS menghidangkan kepada pembaca tentang kehidupan kami sebelum / selepas berhenti kerja dan setelah mengusahakan perniagaan penternakan.
Keratan Akhbar BERITA HARIAN (8hb April 2014)

Syukur Alhamdulillah... memang kehidupan yang dilalui selepas berhenti kerja dan menjalankan perniagaan bersama amat jauh berbeza.  Ia memberi lebih masa dan perhatian kepada keluarga tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap perniagaan yang dijalankan.
Semoga Allah memberikan kepada kami nikmat kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga.. Amin..

3 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah puan dan tuan,sangat berbangga dengan pihak tuan.Semoga Allah permudahkan lagi urusan tuan dan puan

MJ Fatonah Sdn Bhd berkata...

Amin, insya Allah. Terima kasih..

Lima Kedai berkata...

Insyaallah kita akan bertemu....