Sabtu, April 12, 2014

Pakej Pembangunan Ternakan Ayam Kampung

Di dalam perancangan membangunkan projek ternakan ayam kampung, 1001 perkara perlu dititikberatkan.  Persoalan dari aspek teknikal yang mesti difikirkan adalah:
- Apakah rekabentuk reban yang sesuai dengan persekitaran tapak projek?
- Dimanakah boleh mendapatkan tukang yang memahami aspek keperluan ternakan?
- Dimanakah boleh mendapatkan bekalan:
   * anak ayam?
   * makanan ternakan?
   * peralatan penternakan?
   * ubat-ubatan?
   * konsultasi berterusan?
   * aspek2 teknikal lain?

MJ Fatonah Sdn Bhd mengambil inisiatif menyelesaikan dan memberi jawapan kepada banyak persoalan yang timbul.  Kami menyediakan khidmat:
- Pembinaan reban, rumah pekerja, stor makanan, rumah sembelih, rumah baja dsb
- Pembekalan anak ayam kampung asli, ayam kampung kacukan dsb
- Pembekalan peralatan penternakan (bekas makanan, bekas minuman, tong racun, inkubator dsb)
- Pembekalan ubat-ubatan / probiotik / vaksin
- Memberi khidmat nasihat dari aspek teknikal mahupun keusahawanan

Di bawah ini adalah contoh-contoh pembangunan reban ternakan ayam kampung yang dibangunkan oleh MJ Fatonah Sdn Bhd.
Reban Perindukan & Reban Pembesaran batch pertama
Reban Perindukan & Reban Pembesaran batch pertama
Rak bertenggek, bekas makanan dan bekas minuman (Auto drinker)
Reban pembesaran dari pandangan hadapan
Bekas makanan dan minuman (auto-drinker)
Bekalan makanan pemula (starter) dan pembesar (grower)
EM-1 dan molasses
Bekalan anak ayam
Peralatan penternakan
Selain dari perkhidmatan dan pembekalan yang tersebut di atas,  Akademi Usahawan MJ Fatonah juga menganjurkan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kampung, itik dan puyuh) pada setiap bulan.  Untuk maklumat lanjut dan sebutharga peralatan / pembinaan, sila hubungi Fatonah di talian 012-3343800.

3 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum,

untuk sabah dan sarawak pun dapat memohon ke tuan?

Muhd Ken

MJ Fatonah Sdn Bhd berkata...

Waalaikumsalam,

Untuk program kursus, peserta dari sabah & sarawak telah ramai yang menghadiri.
Untuk pakej pembangunan ini hanya untuk semenanjung shj.

Unknown berkata...

as salam,

macam mane ingin apply yer? sy di Melaka.terima kasih