Selasa, Mei 27, 2014

KP1406 Kursus Persendirian Usahawan Ruminan & Unggas

Alhamdulilah 12 orang bakal jutawan ternak menyertai Kursus Usahawan Ternakan Ruminan (Lembu & kambing) dan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kg, itik & puyuh) yang usai di jalankan pada 10-12hb Mei 2014.
3 orang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan Ruminan manakala selebihnya 9 orang mengikuti Kursus Usahawan TernakanUnggas.
Jadual  program dimulai dengan taklimat perkongsian pengalaman MJ Fatonah, Potensi Penternakan di Malaysia, Pembiakan, baka, rekabentuk kandang, pemakanan dan penyakit serta rawatan.
Berdiri Dari Kiri:  Ramli, Radzi, Yusri, Agran, Faizal, Syahir & Arshad
Duduk Dari Kiri:   Othman, Azlan, Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Rokiah, Thilaga & Fauziah
Barisan peserta kali ini datang dari Kelantan, Johor, Terengganu, Sarawak dan negeri Selangor juga.  Matlamat kita adalah satu:
~ BERSAMA MENUJU KEJAYAAN ~

Baja Organik sebagai salah satu produk hiliran syarikat
3 hero Ruminan kali ini.. Agran, Syahir dan Faizal.


Amali rawatan kambing
Amali pemvaksinan Anak Ayam
Keunikan kumpulan kali ini adalah latarbelakang peserta yang jauh sekali berbeza dengan projek ternakan. Thilaga seorang peguam yang masih aktif di firma guamannya berhasrat untuk menternak itik penelur yang akan dibantu oleh suaminya.  Azlan seorang usahawan berjaya produk penyusuan ibu telah mendaftarkan AG Farm untuk projek ternakan ayam kampung di tanah mertuanya di Terengganu.  Begitu juga Rokiah yang masih bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia ingin menternak ayam kampung di kampung halamannya di Sarawak.  Ramli pula usahawan pelancongan juga akan menjalankan projek ternakan ayam kampung.  Manakala Syahir, usahawan ternakan lembu ingin membesarkan lagi empayar bisnes ternakan beliau.  Osman, peserta tajaan MARA mengikuti program ini sebagai latihan sangkut persiapan persaraan beliau tahun ini.

Didoakan semua peserta akan memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang kursus berlangsung.  Semoga berjaya dan bertemu di puncak kejayaan.

Tiada ulasan: