Jumaat, Jun 06, 2014

Kursus Usahawan Lembu & Kambing Anjuran LPP Pahang

Pada 11-15hb Mei 2014 Seramai  28 orang hadir didalam program tajaan LPP Pahang. Peserta terdiri daripada ahli PPK yang menternak lembu dan kambing. Program bermula jam 4pm hari Isnin dengan   taklimat perkongsian pengalaman MjFatonah. Peserta kursus didedahkn kepelbagaian cabang perniagaan yg boleh diwujudkan di dalam industri ternakan ini.  Peluang yg peserta ada adalah kawasan yg luas, oleh itu aktiviti pembiakan lembu boleh dijalankan bersekala besar.

Pada hari kedua peserta didedahkn dengan sistem perumahan yang sistematik serta taklimat kesihatan dan rawatan ternakan yg disampaikan oleh Dr Phakar Faris dari MyTernak. Di sebelah petangnya peserta mula beramali rawatan kambing dan lembu serta pengurusan pemakanannya

Hari ketiga dipenuhi dengan aktiviti amali dari pengurusan pemakanan pagi, pembersihan, pembuatan baja, pembuatan silaj dan pengurusan makanan sebelah petang.

Malam terakhir peserta dapat bersama AlFadil Ustaz Roslan Mohamed. Program bermula dgn solat magrib berjemaah. Diikuti dgn solat hajat, bacaan yassin, tahlil arwah dan tazkirah penternakan dalam islam serta solat isyak berjemaah.

Hidangan BBQ resepi MjFatonah disajikan untuk santapan bersama AJK Surau  Kg Teluk Penyamun dan Masjid Kg Kuantan yg hadir bersama didalam program ini.

Hari terakhir peserta di kongsikan penggunaan EM dan cara pembuatannya, pengiraan kos dan keuntungan penternakan serta cara membuat kertas kerja rancangan perniagaan.

Alhamdulilah, semua peserta berpuashati atas program yg disusun. Terima kasih LPP Pahang yang memberi kepercayaan dan amanah kepada MjFatonah mengendalikan Kursus Usahawan ternakan Lembu dan Kambing buat pertama kalinya dari Negeri Pahang. Moga hubungan siratulrahim berkekalan

Tiada ulasan: