Sabtu, Julai 05, 2014

Diploma Kemahiran Malaysia (Ruminan-Lembu&Kambing)

Anak kami Mohamad Khairul (Ayoi) berjaya di terima memasuki Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Bukit Tangga, Changlun Kedah.
Mengambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) selepas berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 pada tahun lepas. Pengajian mengambil masa selama setahun 3 bulan di bawah kelolaan National Agriculture Training Center (NATC), Kementerian Asas Tani Malaysia (MoA).
Anak Sulong kami ini bakal memegang jawatan Pengurus Besar MjFatonah. Ilmu yg diperolehi bakal di manfaatkan untuk kemajuan berterusan empayar perniagaan MjFatonah.
Jika anda berminat untuk belajar di sini boleh melayari www. moa.gov.my. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh MoA termasuk penginapan serta makanan. 
Terima kasih MoA memberi peluang kepada Ayoi untuk menimba ilmu disini.
Pesan ayah dan ummi kepada Ayoi....Belajar bersungguh-sungguh dan jaga nama baik MjFatonah..Good luck Ayoi!!!

Bilik penginapan 4 tingkat yang boleh menempatkan 8 orang sebilik
Bangunan Pentadbiran dan Bas KPM

Tiada ulasan: