Jumaat, September 05, 2014

Program Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing bersama ANGKASA Negeri Sarawak



Program Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing bersama ANGKASA Negeri Sarawak bermula dari 29hb – 31hb Ogos 2014.  Program berlangsung 3h2m di Hotel Grand Continental, Kuching.  Kami sampai sehari lebih awal bagi memastikan perjalanan program kursus berjalan lancar.  Kami disambut oleh En Mohamed, sahabat lama kami yang merupakan usahawan ternak berjaya dan kami menggelarnya Otai EM Sarawak. 
Barisan peserta bersama Tuan Haji Usuf bin Samah, En Mohamed dan Konsultan Koperasi MJ Ftonah
Selepas check in hotel, kami terus ke ladang En Mohamed yang terletak di daerah Matang.  Alhamdulillah, beliau telah menyatakan kesudian membenarkan program amali dan lawatan ladang peserta kursus kali ini di ladangnya.  Penternakan yang dijalankan oleh beliau secara sistematik dan penggunaan penuh EM untuk menyelesaikan masalah bau dan lalat yang akan mengganggu persekitaran alam sekitar.  Kami juga dibawa ke sebidang tanah yang baru dibelinya untuk pembiakan kuda.  Seronoknya melihat 6ekor kuda bermain bebas meragut rumput di kawasan tersebut.


En Mohamed begitu seronok berkongsi ilmu dengan peserta.  Kanan: Saya bersama isteri En Mohamed
Pendaftaran bermula pada 29hb Ogos 2014, jam 3pm.  Program bermula 5.30pm dengan ucapan perasmian pembukan oleh Pengerusi JPAN Negeri Sarawak Tuan Haji Usuf bin Samah.  Diikuti taklimat kursus oleh saya.  Program bersambung sebelah malam untuk taklimat teknikal penternakan ruminan.
Barisan peserta tekun mendengar taklimat mula dan perasmian program oleh Tn Hj Usuf
Tuan Haji Usuf Samah sedang merasmikan program
En MJ, sedang memberi taklimat teknikal penternakan
Hari kedua, dimulakan dengan sambungan taklimat penternakan ruminan dengan tajuk Pemakanan, Penyakit dan Rawatan.  Selepas makan tengahari, peserta berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas menuju ke ladang En Mohamed.



Rombongan kami sampai ke ladang jam 2.30pm.  Tuan Haji Usuf telah lebih dahulu sampai.  Tanpa berlengah, En Mohamed terus memulakan sessi penerangan teknik penternakan beliau.  Para peserta sangat teruja dengan teknik yang sangat  sistematik.  Peserta juga diberi peluang menyediakan bokashi kambing dan memberi kambing makan.  Sessi minum petang dan bergambar mengakhiri program lawatan kami.
Hari penutup, kami isikan dengan modul keusahawanan.  Topik Pemasaran Berkesan dan Perakaunan alam penternakan.  Kami ambil peluang juga mejalankan amali pembuatan EM dengan menggunakan buah-buahan. 
Sijil disampaikan oleh En Ridzuan sebagai wakil ANGKASA Sarawak.  Ribuan terima kasih kepada Pengerusi JPAN Sarawak, Tuan Haji Usuf, urusetia-urursetia terlibat, En Ridzuan, En Azbullah, En Hadi dan semua peserta.  Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak ANGKASA Pusat dan ANGKASA Negeri Sarawak kerana memberikan amanah kepada kami mengendalikan program ini.  Semoga kami akan diberi peluang lagi untuk bersama koperator-koperator negeri Sarawak.

Bersama En Mohamed, dan pemilik WB Farm, En Mala


Seypee hero WB Farm
Sebelum berlepas pulang ke Semenanjung, kami sempat melawat ladang ternakan lembu Bali milik sahabat FB kami WB Farm.  Juga terima kasih En Mala menerima kunjungan singkat kami di ladang tuan.  Lembu-lembu bali beliau sangat gemuk, sihat dan manja sekali.

Tiada ulasan: