Sabtu, Oktober 11, 2014

Live Di TV1: Selamat Pagi Malaysia

MJFatonah Sdn Bhd dijemput ke studio Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur untuk program lintaslangsung Selamat Pagi Malaysia di RTM1 jam 7.55pagi, 10hb Oktober 2014.  Berbicara tentang Aspirasi Bajet 2015: Penjanaan Kewangan Melalui Keusahawanan Dan Perniagaan.

Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Puan Siti Fatonah Arbain menjawab pelbagai soalan yang berkisar kepada dunia keusahawanan dan perniagaan.

 
Perbualan berkisar kepada langkah-langkah untuk menwujudkan ramai lagi usahawan.  Penerapan aspek-aspek keusahwanan perlu diterapkan seawal sekolah rendah lagi.  Silibus keusahawanan perlu diwujudkan dan dipraktikkan sehingga ke peringkat universiti.  Ini bagi mengelakkan kebergantungan lepasan siwazah mengharapkan kerja dengan sektor kerajaan mahupun swasta.
Menyentuh program keusahawan yg dijalankan oleh pihak kerajaan, Puan Fatonah memohon kesinambungan dari program-program yang pernah dianjurkan kerajaan, selepas latihan diberikan.  Pemantauan perlu dibuat agar bantuan susulan boleh dilakukan dan matlamat penwujudan usahawan dapat dilaksanakan lebih berkesan
Sempat bergambar bersama pengacara program, Hezry, Hanie & Nadia


Tiada ulasan: