Khamis, Oktober 30, 2014

Projek Pembinaan Kandang Kambing Puan Rahayu & Liyana

Tahniah Puan Rahayu!!
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan hadapan)
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan sisi)
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan belakang)


Syukur Alhamdulillah pembinaan kandang untuk projek ternakan kambing Puan Rahayu dan puteri sulungnya, Liyana berjalan lancar walaupun diduga dengan hujan lebat beberapa hari pertama pembinaannya.
Lokasi kandang di Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Johor.  Selain dari kandang kambing ini, Puan Rahayu yang dibantu kuat oleh sepupunya, Zamri turut mengusahakan ternakan lembu dan ayam kampung.
Puan Rahayu, Liyana dan En Mustafa Kamal telah mengikuti Kursus Usahawan Ternakan Ruminan pada 22-24hb Mac 2014 yang lalu.  Dalam tempoh itu, beliau dan keluarga terus menimba ilmu dari penternak-penternak sekitar untuk mempersiapkan diri untuk menjadi Usahawan Ternak yang berjaya.
Kandang bersaiz 24' x 40' ini mampu menempatkan 80ekor kambing (maksima) pada satu masa.  Dibahagi kepada 6 petak, 2petak (12' x 20') di sebelah kiri dan 4petak (8' x 10') di sebelah kanan.  Petak besar sesuai untuk menempatkan kambing aqiqah (sembelihan) manakala kandang kecil untuk menempatkan kumpulan kambing biak.
Laluan tengah dan palung makan
Bos turun padang
2 petak untuk kumpulan aqiqah (sembelihan)
4 petak kecil untuk kumpulan kambing biak


Pendawaian lampu
Tangki air (100gallon)
MJ Fatonah mendoakan projek ini akan berjaya menjadi sebuah projek ternakan yang berdaya maju.  Terima kasih atas amanah yang diberikan untuk pembinaan kandang ini.

1 ulasan:

inxps berkata...

Assalamualaikum.
Berapa kos untuk membuat kandang seperti ini?