Ahad, November 02, 2014

Bengkel Usahawan Lembu & Kambing Anjuran ANGKASA Johor

Syukur pada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan berkatNya, Bengkel Usahawan Lembu dan Kambing anjuran ANGKASA Johor di Mayres Hotel Kota Tinggi, Johor telah berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada ANGKASA Negeri Johor kerana mengamanahkan kami bengkel ini dan terima kasih juga kepada Desa Selatan Beef (DSB) serta Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) atas kerjasama menerima kunjungan koperator-koperator negeri Johor di ladang mereka di Sg Lebak, 25km dari Mayres Hotel.
37 orang hadir termasuk 2 orang penyelaras Angkasa Johor Pn Mariam dan Puan Nisa
Lawatan Ladang di PPNJ Agro Park yang dikendalikan bersama Desa Selatan Beef
Ucapan dari wakil peserta, YB Hj Onn, mantan ADUN Simpang Renggam
Terima Kasih Major (B) Sazali selaku Pengerusi JPAN Johor yg hadir sewaktu sesi penutupan dan penyampaian sijil.

Tiada ulasan: