Selasa, November 11, 2014

Pelancaran Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov - Dis 2014)

FATONAH TIDAK KEKOK SEMBELIH LEMBU, KAMBING

Ini lah tajuk besar muka depan Jurnal Agrotani yang julung-julung kali diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MoA) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).  Syukur kepada Allah, MJ Fatonah telah dipilih untuk menghiasi muka depan edisi pertama jurnal ini. 
Dengan tema 'MENJEJAK RAHSIA USAHAWANJAYA', jurnal ini mengupas kisah-kisah kejayaan usahawan penternakan ikan keli, usahawan mangga harumanis, udang, madu lebah, cendawan, sayuran, betik, penternak ayam kampung dan puyuh.  Jurnal ini juga menyingkap sejarah MAHA dan memberi informasi juga tentang racun paraquat.
Jurnal ini boleh dimiliki dengan harga RM10 senaskah dan diskaun diberikan untuk belian pukal.  Dapatkan jurnal pertanian yang berinformasi ini.

Muka depan Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov-Dis 2014)



Aktiviti Amali Peserta Kursus
Terima kasih kepada Ketua Pengarang, Dato' Dr Hj Mat Yasir bin Hj Ikhsan atas kepercayaan beliau memilih MJ Fatonah untuk jurnal ini.  Terima kasih juga kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia.

Jumpa nanti di MAHA 2014, MAEPS, Serdang!!!

DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK

Tiada ulasan: