Rabu, April 30, 2014

MJF Bio (Base Effective Microrganisma EM)



Penggunaan EM di MJ Fatonah telah digunakan sejak projek ternakan dimulakan.  Keberkesanan penggunaan EM di dalam penternakan ini amat ketara terutama sekali dari segi kawalan bau dan lalat.  

Oleh itu, MJ Fatonah mengambil inisiatif mngeluarkan produk EM sendiri berasaskan buah-buahan untuk menghasilkan microb baik setanding produk-produk EM lain di pasaran.  EM yang kami proses dan keluarkan diberi nama MJF Bio.

Sejarah MJF Bio....

Bermula dengan tujuan mengurangkan kos operasi ladang, MJ Fatonah mengambil inisiatif mendapatkan rumusan pembuatan EM untuk ternakan dan pengurusan alam sekitarnya.  Dengan mengumpulkan maklumat berkenaan EM dari internet, lawatan ke Kyusei Nature Farming Saraburi, Thailand dan Institut Pengembangan Sumberdaya Alam (IPSA), Bali, Indonesia serta ilmu dari kawan-kawan penternak, maka terhasillah MJF Bio.

Kebaikan MJF Bio
  1.  Mengurangkan bau tinja/tahi ternakan
  2.  Mengurangkan lalat dan mesra alam
  3.  Bertndak sebgai anti stress kepada ternakan
  4.  Penyerapan nutrien makanan yang lebih baik. Oleh itu ternakan cepat besar dan sihat.
  5.  Penggunaan ubat yang minimum...dapat kurangkan kos ubatan sehingga 80%.
  6.  Baja yang terhasil dari tinja ternakan menggunakan MJF Bio lebih berkualiti.
  7.  Boleh digunakan utk menggurangkan hama dalam ladang
  8.  Meningkatkan keuntungan pengusaha

Yakin dengan pelbagaiguna MJF Bio ini, MJ Fatonah kini mengeluarkan EM berbagai kegunaan:
   1.  MJF Bio Induk (Saiz: 1 liter)
   2.  MJF Bio Aktif (Saiz: 3 liter & 10 liter)
   3.  MJF Bio Bokashi Feed (Saiz: 1kg/pek)
   4.  MJF Bio Bokashi Baja (Saiz: 1kg/pek)

Ahad, April 27, 2014

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Mei 2014



Marilah bersama mereka menuju ke arah JUTAWAN TERNAK CEMERLANG.  Mulakan langkah pertama anda.  Sertai Kursus Usahawan Ternak Ruminan & Kursus Usahawan Ternak Unggas di Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor.

Tempat:  Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor
Tarikh: 10hb - 12hb Mei 2014 (sahkan sebelum 03hb Mei 2014)
Yuran:  RM700/orang
Pendaftaran:
    *  Sms / WhatsApp maklumat pemohon (nama, no k/p, alamat & email) ke 012-3343800
    *  Nyatakan kursus yang ingin disertai (Ruminan ATAU Unggas)
    *  Booking fee RM100 ke MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank: 562085515735)
   *  Kemukakan bukti bayaran booking dan baki bayaran (RM600) semasa pendaftaran 10hb Mei 2014, jam 10am
Untuk maklumat lanjut, hubungi MJ Fatonah di talian 012-3343800
Bergambar kenangan.  Setiap peserta akan diberikan sekeping gambar (glossy paper & laminated) sebagai kenangan
Teori dan Amali peserta Kursus Usahawan Ternakan Unggas
Teori dan Amali peserta Kursus Usahawan Ternakan Ruminan
Tentatif Jadual Kursus Usahawan Ternakan Unggas
Tentatif Jadual Kursus Usahawan Ternakan Ruminan
Peta ke Akademi Usahawan MJ Fatonah

Selasa, April 22, 2014

Kursus Usahawan Unggas Anjuran MADA Kedah(21-24hb April 2014)

Bersyukur pada Allah kerana telah mempermudahkan perjalanan program Kursus Usahawan Ternakan Unggas dari MADA.  Seramai 37 orang yang terdiri dari 28 pegawai MADA dan 9 orang usahawan hadir menyertai  kursus yang dijalankan selama 4hari 3malam ini bermula 21hb April hingga 24hb April 2014. Mereka datang dengan menaiki bas persiaran yang disewa khas dan selamat sampai jam 5pm.
Barisan peserta bergambar kenangan
Selamat sampai ke Akademi jam 5pm
Sessi suaikenal dan taklimat kursus

Ucapan pembukaan oleh wakil MADA, En Zakariya
Senaman ringan sebelum menjalankan program amali
Latihan amali pemberian vaksin
Program bermula dengan sessi taklimat dan suaikenal pada hari pertama.  Diikuti dengan teori pengenalan penternakan unggas yang disampaikan oleh Puan Fatonah.  Disambung pula dengan Taklimat Penyakit dan Rawatan yang disampaikan oleh Dr Fakar Fariz dari Myternak Trading. 
Latihan amali bermula selepas makan tengahari Hari kedua.  Latihan amali dimulakan dengan pemberian vaksin anak ayam dan anak itik.  Setiap peserta diberi peluang memvaksin sendiri anak ayam.  Program ini bertujuan untuk memberi ilmu dan kemahiran hands on kepada semua peserta.
Sessi taklimat Rawatan & Penyakit ternakan Unggas
Dr Fakar menunjukkan teknik-tekbnik bedahsiasat seekor ayam
Latihan Amali bedah siasat DIY - penyakit ternakan unggas
Ini adalah kali pertama amali bedah siasat dilakukan.  Amali ini dipanggil DIY Post Mortem.  Peserta didedahkan dengan teknik mengenalpasti penyakit ayam hasil dari bedahsiasat organ dalaman.  Latihan ini adalah sinambungan dengan teori Penyakit & Rawatan yang diberikan sebelumnya.

Selain dari amali mengenalpasti penyakit unggas, peserta juga didedahkan dengan teknik pembuatan EM.  Taklimat tentang aplikasi dan kebaikan menggunakan EM telah pun diterangkan seelumnya di bilik kuliah pada hari ketiga.  Peserta diberi pengalaman membuat EM sendiri dan boleh dijadikan produk sampingan syarikat.

Amali pembuatan EM (Effective Micro Organism)
Sebagai bonus dari Akademi MJ Fatonah, peserta diberi tunjuk ajar memproses baja organik.  Sekalipun ia tidak ada di dalam jadual kursus.  Ini juga membuka peluang kepada peserta untuk mengeluarkan baja organik sebagai produk hiliran syarikat masing-masing.

Amali pembuatan Baja Organik
Sebagai kemuncak program kursus kali ini, didatangkan khas, Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed untuk memberi tazkirah sekaligus makan malam BBQ bersama beliau.

Jemputan Khas - Ust Roslan Mohamed untuk program tazkirah
Jemaah lelaki bergambar kenangan dengan Ust Roslan
Jemaah wanita bergambar kenangan dengan Ust Roslan
Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan di akademi sepanjang kursus ini akan dimanfaatkan oleh peserta semua.
Sekali lagi terima kasih kepada MADA atas amanah ini dan semoga ada kumpulan-kumpulan lain yang akan dihantar berkursus di sini.






Audit Pertauliahan Pusat Latihan Swasta oleh Bhg Latihan JPV Putrajaya

Akademi Usahawan MJ Fatonah adalah salah satu dari empat pusat latihan swasta yang ditauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV), Putrajaya.  Pengtauliahan ini adalah sebagai langkah-langkah jabatan memastikan pusat-pusat latihan yang menjalankan kursus/latihan/seminar mempunyai ciri-ciri asas pusat latihan seperti:
1.  Fasiliti penginapan dan bilik kuliah yang lengkap dan selesa
2.  Modul pembelajaran yang menepati keperluan kursus (Teori dan Amali)
3.  Tenaga pengajar yang bertauliah, berilmu dan berkemahiran
4.  Lain-lain kemudahan seperti surau, tempat letak kereta, ruang riadah dan sebagainya
Ia juga akan memastikan pusat-pusat latihan tidak sewenang-wenangnya menjalankan kursus tanpa pemantauan pihak jabatan.
Sudah menjadi kewajiban pihak jabatan akan mengaudit setiap 2 tahun.  sebelum lanjutan pengtauliahan diluluskan.  Hari ini Akedemi Usahawan MJ Fatonah diaudit oleh Dr Sabariah dari Bahagian Latihan JPV Putrajaya. Turut bersama beliau, Dr Syakirah dan AVO Puan Liz.
Senarai semak merangkumi rekod-rekod ladang, fasiliti akademi, modul kursus, senarai tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran serta kediaman untuk peserta.
Alhamdulilah, MJ Fatonah menepati piawaian yang ditetapkan dan pertauliahan disambung 2 tahun lagi sehingga Mac 2016.

Dr Sabariah, Dr Syakirah dan Puan Liz
Pegawai Audit meninjau bilik kuliah dan kemudahan bilik yang disediakan
Fatonah menerangkan fasiliti penginapan yang disediakan
Bergambar kenangan bersama Dr Sabariah, D Syakirah dan Puan Liz

Terima kasih kepada Dr Sabariah dan crew yang hadir mengaudit akademi kami hari ini. Amanah yg diberikan kami pikul demi mempertabatkan industri ternakan negara.
Oleh itu, sebelum berkursus di pusat-pusat latihan swasta, pastikan mereka memiliki Sijil Tauliah Pengendali Kursus yang dikeluarkan oleh JPV, Malaysia bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jabatan.



Ahad, April 13, 2014

KP1405 Kursus Ruminan (12-14hb Apr 2014)

Seramai 4 orang hadir menyertai Kursus Persendirian Ruminan (Lembu & Kambing) yg dijalankn pada 12-14hb April 2014 (KP1405). Tiada penyertaan utk kursus unggas kali ini. Mereka hadir dengan matlamat ingin menjalankan perniagaan ternakan lembu dan kambing. Berkerja dengan makan gaji tidak dapat kepuasan dan pendapatan yang terhad.

En Saifullizan dari Teluk Intan, Perak, masih berkerja dengan JPJ Teluk Intan sebagai Penguatkuasa Kanan, bercadang untuk memulakan ternakan kambing dan lembu di Perak secepatnya, sebelum memilih untuk bersara awal.

En Zamri dari Kota Tinggi, Johor pula, telah menjalankan ternakan lembu biak dan sekarang merancang utk ternakan kambing pula. Beliau didedahkan kepelbagaian produk yg boleh dihasilkan dalam industri ini. Menurut beliau, banyak penambahbaikan yg perlu dibuat ditempat ternakannya di Kota Tinggi

En Yong pula adalah salesman property di Bandar Sunway ingin berniaga ternakan kerana minatnya yang mendalam pada lembu dan kambing. Beliau bercadang mencari tapak yg sesuai utk jalankn aktiviti ternakan ini.

En Fadly yg masih berkerja di Shah Alam bercadang ingin membangunkan perniagaan ternakannya di Rembau Negeri Sembilan. Tanah seluas 5 ekar akan dibelinya dgn harga RM180K.

Marilah kita sama-sama doakan agar impian dan cita-cita bakal jutawan ini menjadi kenyataan dan dapat berjaya membangunkan industri ternakan ini.
Dari kiri: En Saiful, En Yong, En MJ, Pn Fatonah, En Fadly & En Zamri
Zulfadzli menerima sijil penyertaan

Yong menerima sijil penyertaan

Zamri menerima sijil penyertaan


Saifullizan menerima sijil penyertaan


Makan tengahari dengan nasi itik

Sabtu, April 12, 2014

Pakej Pembangunan Ternakan Ayam Kampung

Di dalam perancangan membangunkan projek ternakan ayam kampung, 1001 perkara perlu dititikberatkan.  Persoalan dari aspek teknikal yang mesti difikirkan adalah:
- Apakah rekabentuk reban yang sesuai dengan persekitaran tapak projek?
- Dimanakah boleh mendapatkan tukang yang memahami aspek keperluan ternakan?
- Dimanakah boleh mendapatkan bekalan:
   * anak ayam?
   * makanan ternakan?
   * peralatan penternakan?
   * ubat-ubatan?
   * konsultasi berterusan?
   * aspek2 teknikal lain?

MJ Fatonah Sdn Bhd mengambil inisiatif menyelesaikan dan memberi jawapan kepada banyak persoalan yang timbul.  Kami menyediakan khidmat:
- Pembinaan reban, rumah pekerja, stor makanan, rumah sembelih, rumah baja dsb
- Pembekalan anak ayam kampung asli, ayam kampung kacukan dsb
- Pembekalan peralatan penternakan (bekas makanan, bekas minuman, tong racun, inkubator dsb)
- Pembekalan ubat-ubatan / probiotik / vaksin
- Memberi khidmat nasihat dari aspek teknikal mahupun keusahawanan

Di bawah ini adalah contoh-contoh pembangunan reban ternakan ayam kampung yang dibangunkan oleh MJ Fatonah Sdn Bhd.
Reban Perindukan & Reban Pembesaran batch pertama
Reban Perindukan & Reban Pembesaran batch pertama
Rak bertenggek, bekas makanan dan bekas minuman (Auto drinker)
Reban pembesaran dari pandangan hadapan
Bekas makanan dan minuman (auto-drinker)
Bekalan makanan pemula (starter) dan pembesar (grower)
EM-1 dan molasses
Bekalan anak ayam
Peralatan penternakan
Selain dari perkhidmatan dan pembekalan yang tersebut di atas,  Akademi Usahawan MJ Fatonah juga menganjurkan Kursus Usahawan Ternakan Unggas (ayam kampung, itik dan puyuh) pada setiap bulan.  Untuk maklumat lanjut dan sebutharga peralatan / pembinaan, sila hubungi Fatonah di talian 012-3343800.

Khamis, April 10, 2014

Liputan Akhbar - Intim Bagaikan Belangkas

Sekali lagi MJ Fatonah Sdn Bhd diberi peluang menghiasi dada akhbar pada 8hb April 2014, di ruangan BH2 (mukasurat 12-13).
Kali ini agak berbeza cerita yang diketengahkan. Artikel yang diberi tajuk INTIM BAGAIKAN BELANGKAS menghidangkan kepada pembaca tentang kehidupan kami sebelum / selepas berhenti kerja dan setelah mengusahakan perniagaan penternakan.
Keratan Akhbar BERITA HARIAN (8hb April 2014)

Syukur Alhamdulillah... memang kehidupan yang dilalui selepas berhenti kerja dan menjalankan perniagaan bersama amat jauh berbeza.  Ia memberi lebih masa dan perhatian kepada keluarga tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap perniagaan yang dijalankan.
Semoga Allah memberikan kepada kami nikmat kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga.. Amin..

Ahad, April 06, 2014

MAHA tour Negeri Johor di Batu Pahat

MAHA Johor berlangsung dari 3hb - 6hb April 2014 di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor.
Kami berkesempatan melawat tapak MAHA ini pada 6hb April.  Karnival jualan produk-produk IAT yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tempatan.  Selain itu, badan-badan kerajaan seperti MADA, KEMUBU, PPNJ, RISDA dan LPP juga membuat pameran barangan dan perkhidmatan mereka.
Pameran ternakan tidak dibuat dihari terakhir ini.  Menurut pegawai JPV, pemilik ternakan mahu membawa pulang ternakan mereka lebih awal. Cuma ada ular sawa berbagai baka yang dapat kami lawati.



Di akhir kunjungan kami di Batu Pahat ini, kami tidak lepaskan peluang merasai sajian Mee Racun Batu Pahat di Jalan Parit Besar, Batu Pahat.
Terima kasih Utih... lama mengidam Mee Racun ni...




Khamis, April 03, 2014

Tong Kedap Udara Pelbagai Guna: RM42/unit


Masalah Catuan Air???  Simpan air secukupnya.  Dapatkan tong kedap udara pelbagai guna ini dengan harga terendah di pasaran.  Tong ini berkapasiti 160 liter, berukuran 90cm tinggi dan 52cm diameter.  Stok terkini baru sampai.. Tempah segera.  Pengangkutan disediakan dengan caj berpatutan.
Hubungi Fatonah: 012-3343800

Nota:
Tong ini TERPAKAI. Bekas sabun yang perlu dicuci bersih sebelum diisi air.  Kami sediakan perkhidmatan mencuci dengan caj RM3/unit.