Khamis, Julai 24, 2014

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Sept 2014

Marilah bersama mereka menuju ke arah JUTAWAN TERNAK CEMERLANG.  Mulakan langkah pertama anda.  Sertai Kursus Usahawan Ternak Ruminan & Kursus Usahawan Ternak Unggas di Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor.

Tempat:  Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor 
GPS3.357692N, 101.280995E
Tarikh: 20hb - 22hb September 2014 (sahkan sebelum 13hb September 2014)
Yuran:  RM700/orang
Pendaftaran:
    *  Sms / WhatsApp maklumat pemohon (nama, no k/p, alamat & email) ke 012-3343800
    *  Nyatakan kursus yang ingin disertai (Ruminan ATAU Unggas)
    *  Booking fee RM100 ke MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank: 562085515735)
   *  Kemukakan bukti bayaran booking dan baki bayaran (RM600) semasa pendaftaran 20hb Sept 2014, jam 10am
Untuk maklumat lanjut, hubungi MJ Fatonah di talian 012-3343800
Bergambar kenangan.  Setiap peserta akan diberikan sekeping gambar (glossy paper & laminated) sebagai kenangan
Teori dan Amali peserta Kursus Usahawan Ternakan Unggas
Teori dan Amali peserta Kursus Usahawan Ternakan Ruminan
Tentatif Jadual Kursus Usahawan Ternakan Unggas
Tentatif Jadual Kursus Usahawan Ternakan Ruminan


Peta menuju ke Akademi MJ Fatonah, Kuala Selangor

3.357692N, 101.280995E

Sessi Oktober
i.  11 - 13hb Okt 2014

Sessi November
i.  08 - 10hb Nov 2014
ii.  22 - 24hb Nov 2014

Sessi Disember
i.  13 -15hb Dis 2014
ii.  27 - 29hb Dis 2014

Selasa, Julai 15, 2014

Lanjutan Pengiktirafan Pusat Latihan Penternakan Untuk Akademi Usahawan MJ Fatonah

Sijil Pengiktirafan Sebagai Pngendali Kursus Penternakan Oleh Ibu Pejabat JPV, Putrajaya
Syukur pada Allah yang Maha Esa....
Pengiktirafan Akademi Usahawan MJ Fatonah sebagai pengendali kursus penternakan dilanjutkan lagi sehingga 01hb Julai 2016.  Ini adalah lanjutan kali ke 2 sejak pertama kali diiktiraf pada tahun 2010.  Pengiktirafan ini memberi makna yang amat besar bagi akademi ini kerana ia menambah keyakinan peserta dan bakal peserta untuk bersama kami di akademi ini.

Ibu Pejabat Jabatan Veterinar Malaysia, Putrajaya menghantar 3 orang pegawai diketuai oleh Dr Sabariah (Pengarah Kanan, Bhgn Latihan & Pembangunan Kerjaya) pada 21hb April 2014 untuk 'review audit' bagi meniliti dan menilai semula kelayakan akademi ini sebelum meluluskan lanjutan pengiktirafan.

Dengan pengiktirafan ini, akademi dibenarkan menggunaka logo JPV disijil yang dikeluarkan kepada peserta kursus.
Logo Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Berbagai aspek yang menjadi kriteria lanjutan pengiktirafan ini.  Antaranya adalah:
1.  Fasiliti yang disediakan untuk peserta memenuhi keperluan asas, keselesaan dan keselamatan.
2.  Modul yang disusun padat dengan maklumat pengurusan, teknikal dan keusahawanan
3.  Tenaga Pengajar yang bertauliah, berpengalaman dan berkemahiran
4.  Rekod ladang yang teratur
5.  Pengurusan ladang yang sistematik
6.  Biosekuriti ladang yang memenuhi spesifikasi JPV

Terima kasih kepada JPV untuk lanjutan pengiktirafan ini.  Terima kasih kepada family, krew MJ Fatonah, teman-teman dan peserta-peserta atas sokongan, dorongan dan doa untuk kami membimbing lebih ramai lagi USAHAWAN TERNAK di masa akan datang.

Jumaat, Julai 11, 2014

Lawatan Calon Penternak Jaya kebangsaan 2014

MJ Fatonah dicalonkan sebagai Penternak Jaya (Ruminan) Peringkat Kebangsaan 2014. Pegawai penilai daripada JPV Putrajaya iaitu Dr Inn, Dr Yatt dan En Muis hadir untuk memberi permarkahan kepada kami. Pencalonan ini di buat oleh JPV Selangor setelah melepasi kelayakan di peringkat negeri,
Terima kasih atas pencalonan ini, moga menyuntik semangat juang yang berterusan didalam menjalankan fardhu kifayah ini demi membekalkan ternakan halal kepada umat islam
Doakan kejayaan yang berterusan untuk MJ Fatonah.

Puan Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd memberi taklimat lisan pencapaian syarikat
Bergambar bersama pegawai penilai dari JPV Putrajaya dan pegawai pengiring dari JPV Daerah Kuala Selangor
Sessi pemarkahan sedang berlangsung
Pegawai penilai En Muis, Dr Inn dan Dr Yatt

Isnin, Julai 07, 2014

KP1408(7-9hb Jun 2014)

Seramai 14 hadir didalam program kali ini dan 2 orang hadir dihari kedua sewaktu praktikal shj disebabkn mereka tertinggal program sewaktu menyertai KP1407.
6orang mengikuti kursus lembu dan kambing manakala selebihnya mengikuti kursus ayam kg, itik dan puyuh.

Program dijalankan seperti jadual dan peserta sangat berpushati. Tkasih atas amanah kepada kami, perkhidmatan kami berterusan sehingga diperlukan tanpa ada kos tambahan. 

Kami gabungkan semua peserta yg hadir didalam whatapp group KP1408 agar boleh berhubung dan mengekalkan siratulrahim yg terjalin.

Lawatan PDRM

Pada 18hb Jun 2014, seramai 40 orang pesara dan bakal pesara PDRM datang ke Akademi MjFatonah untuk menjalani sessi latihan ternakan lembu dibawah program kelolaan AlRaudha. Kami diamanahkan utk perkongsian info ternakan lembu dari jam 0900 hingga 1400. Pakej termasuk minum pagi dan makan tengahari disamping program taklimat dan lawatan ladang ternak serta amali pembuatan silaj.
Peserta dimaklumkn operasi sebenar penternakan lembu dan pengiraan kos untungrugi serta peluang dan cabang perniagaan ini.
Tkasih kepada AlRaudha kerana memilih Akademi MjFatonah sebagai persinggahan program yg dianjurkannya bersama PDRM. Moga kita dapat berkerjasama lagi dimasa akan datang.


Sabtu, Julai 05, 2014

Diploma Kemahiran Malaysia (Ruminan-Lembu&Kambing)

Anak kami Mohamad Khairul (Ayoi) berjaya di terima memasuki Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Bukit Tangga, Changlun Kedah.
Mengambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) selepas berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 pada tahun lepas. Pengajian mengambil masa selama setahun 3 bulan di bawah kelolaan National Agriculture Training Center (NATC), Kementerian Asas Tani Malaysia (MoA).
Anak Sulong kami ini bakal memegang jawatan Pengurus Besar MjFatonah. Ilmu yg diperolehi bakal di manfaatkan untuk kemajuan berterusan empayar perniagaan MjFatonah.
Jika anda berminat untuk belajar di sini boleh melayari www. moa.gov.my. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh MoA termasuk penginapan serta makanan. 
Terima kasih MoA memberi peluang kepada Ayoi untuk menimba ilmu disini.
Pesan ayah dan ummi kepada Ayoi....Belajar bersungguh-sungguh dan jaga nama baik MjFatonah..Good luck Ayoi!!!

Bilik penginapan 4 tingkat yang boleh menempatkan 8 orang sebilik
Bangunan Pentadbiran dan Bas KPM

Khamis, Julai 03, 2014

Umrah 22hb Jun hingga 3hb July 2014



Gambar di KLIA sebelum boarding. Teramat happynya selepas terima pasport n boarding pass

Bersedia utk boarding. Miqat didlm kapalterbang sejam sebelum mendarat di Airport Jeddah. Pakej kami masuki Kota Mekah dahulu kemudian ziarah rasullah 4 hari di Madinah Bandar Bercahaya
Umrah wajib sesampai Kota Mekah selesai jam 3 pagi. Alhamdulilah Allah permudahkannya. Syukran

Ziarah Kota Mekah di JabalRahmah. Doa kami agar kebahagian kami sekeluarga kekal hingga ke Jannah

Kebetulan berjumpa DAO sewaktu makan tengahari selepas solat Jumaat di Restoran D'Saji Felda. Alhamdulilah.. Sahabat baru MjFatonah


Ziarah Makam Rasullulah. Rezeki berada di Raudha 3x dipermudahkan Allah. Kiriman Salam kpd Rasullulah dari Sahabat MjFatonah disampaikan dgn doa agar kalian juga dijemput kesini. Amin