Ahad, Januari 25, 2015

Projek 2015 - Rusa Di MJ Fatonah

Syukur, Ya Rabb atas keizinanMu memenuhi impian MJ Fatonah untuk memulakan ternakan rusa.  Persediaan dimulakan dengan mencari info-info melalui bahan bacaan dan menghadiri kursus di Sure Jade, Muar Johor pada 26 - 27hb November 2014.  Pulang dari kursus, pembangunan Rumah Rusa dimulakan dan telahpun siap pada 18hb Disember 2014.
Pada tarikh 24hb Januari 2015, jam 9pm... 12 ekor rusa baka Timorensis dan sepasang rusa bintik baka Axis-axis telah selamat masuk ke Rumah Rusa MJ Fatonah.

Idamanku sekian lama....
Harap-harap Romie & Julie bahagia di sini dan bertambah biak hendaknya
Perancangan telah dibuat untuk menjalankan Kursus Usahawan Ternakan Rusa juga di Akademi Usahawan MJ Fatonah.  Tenaga mahir dan pakar-pakar rusa juga telah bersetuju untuk bekerjsama dengan akademi untuk penganjuran kursus ini.Nantikan berita-berita terkini dr Akademi Usahawan MJ Fatonah.

Antara induk rusa yang tiba malam tadi
Antara 12ekor Baka Timorensis

Rumah Rusa seluas 60' x 60'
Kenderaan yang diamanahkan menghantar kumpulan rusa ke MJ Fatonah
Inilah lompatan pertama rusa ke Rumah Rusa MJ Fatonah.. detik-detik sejarah ini sempat dirakamkan.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan dipermudahkan juga olehNya.  Inilah antara hasil dari Anugerah Khas Perdana Menteri yang dizahirkan kepada ternakan selain dari 4ekor lembu Bali.

Tiada ulasan: