Khamis, Januari 01, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam 2015....

Impian dan cita-cita MJFatonah diteruskan dgn pelbagai aktiviti yang disusun agar kesinambungan legasi perniagaan ternak diteruskan..antaranya

1. Meneruskan program latihan keusahawanan ruminan dan unggas

2. Mengeluarkan baja kompos untuk PBT Selangor

3. Melatih belia Selangor dlm program RKRS Kerajaan Selangor

4. Mengeluarkan makanan ternakan MJFatonah

5. Pes Perap MJFatonah di komersialkan

6. Menaiktaraf penginapan dan fasiliti ladang untuk program kursus

7. Menganjurkan program ziarahtani ke Jogjakarta dan Solo pada 21-24hb Jan 205

Trowback 2014

Alhamdulilah 2014 memberi kejayaan dan rezeki yang melimpah dari yang maha Esa..antaranya

1. Allah mengizinkan kami sekeluarga menunaikan umrah sewaktu ramadhan

2. Impian kami utk mendapatkan jalan masuk ladang di tar kan menjadi kenyataan

3. Di nobatkan sebagai Penternak Jaya Negeri Selangor sewaktu Road to MAHA Selangor di Kuala Selangor

4. Dinobatkan Sebagai Penternak Jaya Kebangsaan 2014 sewaktu MAHA di Maeps Serdang oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Ismail Sabri dan meraih RM20,000.00

5. Di anugerahkan sebagai penerima Anugerah Perdana sewaktu MAHA2014 oleh Perdana Menteri  Dato Sri Najib Razak dan meraih RM60,000.00

6. Ikon Kuala Selangor

7. Anugerah Usahawan Ternak Pertama Negeri Selangor oleh Dato Menteri Besar YAB Tuan Mohamed Azmin bin Ali sewaktu Selangor AgroFest 2014 dan meraih RM5,000.00

8. Anugerah Khas Selangor AgroFest 2014 dan meraih RM5,000.00

9. Lawatan turun padang Dato MB Selangor ke Akedemi MJFatonah pada 19hb Dec 2014


10. Ziarah Tani MP Kuala Selangor, Dato Irmohizam pada 9hb Dec 2014

11. Mendapat kepercayaan sebagai pembekal peralatan kepada peserta rkrs


Tiada ulasan: