Khamis, Januari 29, 2015

Ziarah Tani Ke Jogja / Solo, Indonesia

Perancangan disusun lebih sebulan bagi memastikan program berjalan lancar.  Program Ziarah Tani ini adalah usahasama MJ Fatonah Sdn Bhd dengan Agri Kencana Perkasa dan dibantu kuat oleh Tuan Haji Mokhdzir dari JPV Putrajaya sebagai 'mutawif' kepada deligasi.
Gambar kenangan peserta dan urusetia.
 Program dimulakan dengan berkumpul di KLIA2 pada jam 7am, 21hb Jan 2015.  Penerbangan ke Jogja mengambil masa lebih 2jam (9.45am - 11.10am WIB).  Deligasi disambut mesra oleh kakitangan AgriKencana Perkasa yang diketuai oleh Pak Andreas.
Rombongan terus dibawa ke sebuah restoren istimewa yang menghidang menu berasaskan cendawan, Je Jamuran. 
Selain dari menu istimewa cendawan, restoren ini juga menyediakan satu sudut pameran berbagai jenis cendawan yang mereka tanam.  Ladang cendawan Je Jamuran berada sekitar 1km dari restoren ini.


Antara beberapa jenis cendawan yang dipamerkan
Program diteruskan dengan muzium Gunung Merapi, Kabupaten Sleman. Deligasi dibawa ke dewan tayangan untuk menonton filem dokumantari tentang Gunung Merapi, peristiwa ledakannya dan kesan-kesan terhadap penduduk setempat.  Perubahan ekosistem yang memberi perubahan ketara terhadap ekonomi penduduk yang terlibat.  Muzium ini didirikan di kaki Gunung Merapi.  Pemandangan gunung ini memang sangat cantik.
Di hadapan Muzium Merapi
 Dari muzium, kami terus ke sebuah ladang ternakan kambing di Marlin Brothers.  Kami disambut oleh Pak Joni selaku tuan punya ladang ini.  Menurut beliau, suatu ketika dulu, ladang beliau adalah ladang transit kambing-kambing sebelum di eksport ke Malaysia.

Peserta bersama Pak Joni dan crew Agri Kencana Perkasa

Rombongan dibawa ke Grand Quality Hotel di Kota Jogja.  Kami berehat seketika sebelum dibawa keluar untuk menjamu selera.  Kami dijamu dengan menu istimewa 'Nasi Gudeg'.  Selesai makan, kami ke Pasar Jalan Malioboro.  Di sini adalah pasar tradisional yang menempat penjual jalanan, pemusik, pengiat seni jalanan menunjukkan kebolehan masing-masing sambil mencari rezeki.  Barang-barang cenderahati dan batik juga cantik dan murah. Pulang ke Hotel.
Nasik Gudeg
Hari kedua lawatan dimulakan dengan sarapan pagi di hotel.  Rombongan terus ke ladang salak organik di Gapokan Ngudi Lohor.  Sebuah ladang salak yang menjalankan projek tanaman salak secara organik.  Penanaman, pembajaan dan penjagaan dari makhluk perosak dibuat secara organik, tanpa bahan kimia.  Ladang ini telah mendapat pengiktirafan dan sijil-sijil perakuan kualiti dari kerajaan Indonesia.  Buah-buah salak dari ladang ini telah dieksport ke China dan Arab Saudi.

Di hadapan rumah pembungkusan salak untuk diekspot
Salak sedia untuk dipetik
Dari ladang salak kami ke kilang memproses susu di Susu Nasional, Kopeng.  Diberi taklimat oleh Pak Iskandar tentang kelebihan susu yang diproses di kilang itu.  Susu-susu ini diperolehi dari lembu milik syarikat yang diternak di suatu ladang berhampiran dengan kilang.  Malang sekali, atas sebab kekangan waktu, kami tidak berkesempatan melawat ladang ternakan lembu tenusu milik Susu Nasional.
Pak Iskandar memberi taklimat ringkas tentang Susu Nasional
Perjalanan diteruskan ke sebuah warung makan yang sangat istimewa menunya.  Warung yang diberi naman Warung Joglo Bu Rini.  Kami dijamu dengan ikan garumi (ikan nila) masak pedas, lembu masak kicap dan beberapa menu istimewa lagi.
Setelah puas menjamu selera, bas membawa kami ke projek penanaman padi organik yang dijalankan secara usahasama orang-orang kampung bersama sebuah syarikat, Al Barokah.  Terletak di Desa Ketapang, Kecamatan Susukan, Kabupaten Semarang.
Hamparan sawah padi milik Al Barokah
Program lawatan di sini dimulakan dengan alu-aluan dari pengusaha Al Barokah, Pak Mustofa.  Sambutan yang hebat dengan persiapan demo-demo produk organik dan juga hidangan makanan tradisional orang jawa.  Turut hadir di majlis ini adalah Pak Lurah (ketua kampung, Pak Kepala Kecamatan (pegawai daerah) dan wakil petani-petani di Desa Ketapang.
Antara menu tradisional orang jawa yang dihidangkan untuk kami
Produk Al barokah iaitu padi berbagai jenis, probiotik utk padi dan hasil keluaran padi mereka
Pak Mustofa bersama ketua kampung, pegawai daerah, En MJ, Tuan Hj Mokhdzir dan En Ismail
Hasil padi yang dikeluarkan dari Al Barokah adalah organik 100% dan telah pun mendapat pengiktirafan badan-badan terlibat di Indonesia.  Ia telah mengeluarkan berbagai jenis produk bagi tujuan persediaan tanah, pembajaan, pengurusan makhluk perosak dan penambahan kualiti beras.  Terdapat berbagai jenis beras yang dihasilkan oleh Al Barokah, di antaranya ialah beras putih, beras merah dan beras hitam.  Setiap satunya mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri.  Kami juga dibekalkan dengan cenderahati berupa beras hitam, beras merah dan sehelai kemeja T.
Perjalanan mengambil masa sejam setengah ke Solo yang agak jauh amat meletihkan.  Tambahan dengan keadaan jalan yang sempit dan hujan menyebabkan bas yang membawa kami dipandu perlahan.  Di perjalanan pulang, kami berhenti makan malam di Restoren Tamansari.  Kami menginap di Hotel Palace Indah untuk 2 malam.
Hari ke 3 adalah hari yang amat menyeronokkan.  Selepas  sarapan di Hotel, kami terus ke Andini Farm di Kecamatan Boyolali.  Sebuah ladang yang menjadi ladang transit lembu import dari Australia, mempunyai kilang makanan sendiri dan terdapat juga ternakan biri-biri sebagai sampingan.

Pengusaha muda yang menjalankan projek ternakan ini memberi taklimat tentang pengurusan ladang beliau
Kilang memproses makanan untuk lembu
Ternakan biri-biri sebagai sampingan
Acara kemuncak lawatan ialah melawat Pasar Ternak dimana pasar ini mengumpulkan semua penjual dan pembeli lembu dan kambing.  Penjual membawa ternakan mereka untuk dipilih terus oleh pembeli.  Terdapat lebih 500ekor lembu dan 800ekor kambing sedia untuk dipilih oleh pelanggan.  Terdapat juga perkhidmatan memandikan lembu dan jualan barangan keperluan ternakan.

Saya berkenan dengan hero ni... sado beb!!!
Lelongan lembu yang sedia untuk dipilih.
Bergayer abang sado ni...
Meriah sungguh lelongan kambing
Pak Mutawif Hj Mokhdzir memilih cemeti... nak pukul saper la yer?
  Selepas puas menjamu mata dengan lembu-lembu dan kambing-kambing yang sihat dan berbagai baka di Pasar Ternak, kami ke Restoren Mang Engking di Magelang.  Restoren yang meggunakan konsep rekreasi sebagai kelainan dan kelebihannya.  Jemaah lelaki menunaikan solat jumaat di masjid berhadapan restoren dan jemaah wanita solat zohor di surau restoren dan sempat merasai rawatan terapi ikan di kolam tepi restoren.
Pintu gerbang masuk ke Restoren Mang Engking
Terapi Ikan - mulanya sangat menggelikan.. lama2 best.

Rekreasi yang ada di Mang Engking Restoren.
Rombongan kemudiannya dibawa membeli belah produk batik di PGS Batik Store.  Bangunan 3 tingkat ini mirip Pasar Payang atau Pasar Khadijah.  Barang-barang cenderahati banyak sekali di sini.
Destinasi seterusnya ke Pasar Unggas dan Haiwan Kesayangan.  Sebuah pasar yang menjual berbagai spesis unggas dan haiwan kesayangan seperti kucing, arnab dan anjing.  Terdapat juga jualan kelawar, keluang dan ular sawa.
Unik anak Ayam berwarna-warni
Berbagai spesis unggas ada di sini

Comel... rasa nak bawa balik
Seterusnya ke Toko Buku Gramedia.  Kedai buku yang menjual berbagai jenis buku termasuk buku-buku pertanian.  Kami membeli 5buah buku sebagai rujukan dan kenangan dari Solo.
Puan Rahayu and family sempat bergambar di pintu masuk Gramedia
Kami terus ke hotel dan makan malam di restoren ikan bakar. Perjalanan balik, kami singgah di Susu Segar Si Jack...kami minum STMJ (Susu Telur Madu Jahe).  Disini juga kami sempat membeli ole-ole di kedai anika barangan cendahati berdekatan.

Hari terakhir, kami bertolak dari hotel jam 7am dan terbang menaiki pesawat AirAsia jam 8.55am. Syukur alhamdulilah, penerbangan kami selamat mendarat ke KLIA2 jam 12tengahari. Semua deligasi merasa amat berpuashati dalam program ziarahtani ini. Kos keseluruhan program ini RM1800.00 pakej penuh termasuk tiket kapalterbang, penginapan, makan/minum, pengangkutan dan bayaran kepada tempat-tempat yang dilawati. 

Kami bercadang untuk menjadikan ziarahtani ini acara tahunan. Untuk anda yang ingin mengikutinya boleh berhubung dengan kami di talian 012-3343800






1 ulasan:

Jati Wijaya berkata...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya di +628985101301. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami dapat bagi harga yang berpatutan tentunya dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga tidak mengikat, kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)

11.15-11.45 airport
11.45-12.15 goto localresto
12.15-13.00 lunch
13.00-13.30 go to hotel c/in
13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
15.15-16.00 kasongan
16.00-16.30 goto parangtritis
16.30-17.30 parangtritis
17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
18.15-19.00 manding
19.00-19.30 go to local resto
19.30-20.00 dinner
20.00-20.30 drop hotel

2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)

08.00-09.30 go to borobudur
09.30-10.30 borobudur
10.30-11.30 goto local resto
11.30-12.00 lunch
12.00-13.00 go to lava tour merapi
13.00-14.30 lava tour merapi
14.30-15.30 menuju chocolate monggo
15.30-16.00 chocolate monggo
16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
16.15-17.00 masjid mataram kotagede
17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
18.00-18.30 menuju local resto
18.30-19.00 dinner
19.00-20.00 drop hotel

3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)

08.30-09.00 go to kraton
09.00-10.00 kraton
10.00-10.15 go to tamansari
10.15-11.30 tamansari
11.30-12.00 go to local resto
12.00-12.30 lunch
12.30-14.00 goto goa pindul
14.00-15.00 cave tubing goa pindul
15.00-16.00 goto indrayanti beach
16.00-17.00 indrayanti beach
17.00-18.00 goto bukit bintang
18.00-19.00 bukit bintang
19.00-19.30 dinner @bukit bintang
19.30-20.30 drop hotel

4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
tba c/out hotel
tba drop airport

Price start from: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb