Rabu, November 25, 2015

Kursus Usahawan Ternak Ruminan & Unggas KP1510 (21 - 23hb Nov 2015)

===============================
DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK
===============================
Alhamdulillah syukur pada Allah kumpulan peserta kali ini adalah kumpulan paling ramai dalam sejarah Akademi.  Seramai 49 orang peserta menyertai kursus ini.  11 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Unggas dan 38 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Ruminan.  Seperti mana biasa, peserta datang dari berbagai negeri termasuk Sabah.  Berkampung di sini berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.
Barisan 49orang peserta kursus bergambar kenangan di Akademi Usahawan MJ Fatonah

Kumpulan ini juga mencipta rekod terbaru dengan peserta paling muda iaitu Adik Daniel yang berumur 14tahun.  Beliau menunjukkan minat dan memberi komitmen yang cukup baik sepanjang kursus.  Tahniah, Daniel!!
Peserta Unggas berpengalaman menjalankan program sembelihan halal.  Mereka diberi peluang menyembelih itik dan seterusnya amali post mortem penyakit, teknik pemprosesan dan pembungkusan.

Post sikit semasa amali memberi makan lembu
Amali pembersihan ladang


Sempat post dengan Bobby
Amali rawatan kambing
 
Peserta amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.  Terutama sekali program amali yang mendedahkan mereka teknik pengendalian ternakan yang betul dan merasi pengalaman mengendalikannya.
Kursus selanjutnya (KP1511) pada 26-28hb Dis 2015.  Jom sertai beramai-ramai.  Jadikan penternakan satu kerjaya hebat anda.

1 ulasan:

Muhammad Amiruddien berkata...

Salam...

Saya nak tumpang promosi website...

http://majalah.ml

http://bit.ly/17lBrz5

Terima kasih...