Khamis, Oktober 06, 2016

Kursus Usahawan Ternakan Rusa (Lanjutan) Pada 27 - 29hb September 2016

~~ DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK ~~

Kali ini Akademi dikunjungi Jutawan2 rusa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.  Kursus yang disusun khas untuk Jutawan Usahawan Rusa yang telah menternak rusa dan telah mengikuti Kursus Asas Penternakan Rusa di Johor.  Ia menekankan lebih kepada Upskilling dan Penyediaan Kertaskerja Projek Penternakan Rusa Komersial.
Barisan Jutawan Ternakan Rusa dari JPV - JDT
Seramai 11 orang peserta menyertai program dan diiringi 2 orang pegawai JPV Johor.  Para peserta sampai sekitar jam 3pm.  Peserta terus menjamu selera makan tengahari dan berehat. 

Dalam program ini, 4 topik dibentangkan iaitu:
  1.  Potensi Penternakan Rusa Komersial
  2.  Produk Hiliran Rusa
  3.  Formula dan Pengiraan Kos Makanan Ternakan Rusa
  4.  Rancangan Perniagaan Penternakan Rusa

Bergambar kenangan di Perkarangan masuk ke Akademi Usahawan MJ Fatonah
Apa yang paling istimewa kursus ini adalah, peserta dibimbing menyediakan kertaskerja yang menitikberatkan Aliran Tunai, Aliran Fizikal dan ROI projek.  Hanya menggunakan asas Microsoft Excel dan Word, peserta dibimbing menyiapkan satu Rancangan Perniagaan yang boleh mereka gunakan bagi membuat permohonan pinjaman kewangan dari pembiaya.

Akademi sempat juga memberi pendedahan tentang kebaikan EM, penyediaan dan aplikasinya.  Setiap usahawan ternak perlu tahu tentang kebaikan dan keperluan penggunaan EM diladang ternakan mereka.

Pihak Akademi berbesar hati menyediakan 'Pool Side BBQ Dinner' untuk para peserta.


Jutaan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor atas amanah yang diberikan.  Semoga ilmu yang dikongsikan akan dimanfaatkan oleh semua peserta.
Sempat posing dengan bas JPV-JDT..
Akademi akan menganjurkan Kursus Usahawan Ternakan Rusa dalam masa tersekat ini.  Nantikan beritanya dari kami.

Tiada ulasan: