Ahad, Julai 14, 2019

I'm BACK!! Persepsi Kejayaan: Awam VS Usahawan

Agak lama saya x bersiaran di blog ini.. Now, I'm BACK!! 
Insya Allah, blog ini akan terus bersiaran sekerap mungkin dengan informasi2 terkini dunia usahawan ternakan.
Untuk warming up process saya nak cerita topik light2 aje hari ini.. Saya nak kupas sikit tentang tafsiran usahawan ternakan berjaya.  Perbezaan definasi berjaya pada umum dan realiti berjaya dalam perniagaan.
Pada umum, kejayaan seseorang usahawan ternakan diukur kepada bilangan ternakan yang ada di kandangnya atau bilangan ladang atau saiz ladang yang dimilikinya.  Selalu kita dengar soalan2 yang diajukan kepada usahawan2 ternakan begini..
"Berapa banyak lembu / kambing kau ada sekarang?"
"Berapa buah kandang/reban kau?"
"Berapa luas ladang kau?"

Saya selalu krik-krik bila menerima soalan begini.. Saya faham, mereka yang bertanya ini bukan dikalangan usahawan.  Walaubagaimanapun, saya nak share atau mungkin kalau boleh, nak mengubah soalan ini agar lebih memberi motivasi dn semangat kepada yang ditanya.  Kalau boleh, kita ubah / tambah soalan2 di atas kepada..
"Berapa jualan lembu/kambing korban tahun ini?"
"Berapa jualan kambing aqiqah sebulan?"
"Macamana kau handle 2-3 ladang sekali?"
Hakikatnya, tak guna kalau bilangan ternakan ratusan ekor tetapi tidak mampu menjualnya. Ternakan dan pekerja akan jadi beban yang akhirnya pengusaha bosan dan tutup kandang.  Perkara penting yang membolehkan sesebuah perniagaan berkembang maju adalah bilangan jualan harian / bulanan / tahunan yang meningkat dan terus meningkat.  Usaha mempelbagai teknik jualan bagi menambah keuntungan perlu dipertingkatkan.  Kebanyakan usahawan ternakan terlalu memberi perhatian kepada penjagaan ternakan sehingga lupa bab yang sangat penting, iaitu PEMASARAN.  Sekalipun bisnes kita 'one man show', kita tetap perlu buat pemasaran.
Perlu diingat selalu, MENGEKALKAN KEJAYAAN SYARIKAT TIDAK SEMUDAH MENUBUHKANNYA.

#kursus_usahawan #mjfatonah #lembu #kambing #korban1440H #korban #aqiqah
Untuk maklumat kursus usahawan ternakan www.wasap.my/60123343800/kursus_ternakan_2019