PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang disediakan di MJ Fatonah Sdn Bhd ialah:


Memberi khidmat rundingcara untuk penternak baru
Perkhidmatan ini diberi kepada penternak baru yang ingin memulakan penternakan dan penternak sedia ada yang ingin membesarkan projek mereka.  Kepada bekas peserta kursus Akademi Usahawan MJ Fatonah, khidmat ini diberikan berterusan tanpa caj.
   
Memberi ceramah penternakan (teknikal dan keusahawanan)
Khidmat ini ditawarkan kepada badan-badan yang menganjurkan kursus-kursus keusahawanan penternakan.  MJ Fatonah Sdn Bhd telah menjadi ceramah jemputan untuk program yang dianjurkan oleh:
  * Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
  * Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS)
  * Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  * Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  * RISDA
  * Pemuda UMNO Kuala Selangor
  * DUN Salor, Kelantan
  * Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  * ANGKASA
  

Menyediakan pakej penuh penternakan untuk asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS)
MJ Fatonah Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk memberi pakej penternakan kepada para asnaf.  Antara pakej yang telah disempurnakan ialah:
  * Penternakan Kambing (Sabak Bernam, Sepang dan Tanjung Karang)
  * Penternakan Lembu (Batu Laut dan Sabak Bernam)
  * Penternakan Ayam (Cheras, Kelang, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan Sepang)
  * Pembekalan mesin dan peralatan pernternakan (Kelang)

Pembinaan Reban Ayam Kampung (kapasiti max 600ekor)
Kandang Kambing (kapasiti 80ekor)
Kandang Lembu (kapasiti 30ekor)

Pembekalan Kambing untuk asnaf Lembaga Zakat Selangor
 

Menyediakan khidmat masak dan hantar
MJ Fatonah Sdn Bhd mengambil inisiatif memberi pakej perkhidmatan penuh untuk pelanggan yang membeli ternakan di ladang ini.  Pelanggan boleh memilih samada ingin membeli ternakan hidup, siap sembelih lapah / cincang atau pun siap dimasak.  Mereka boleh mengambil tempahan mereka di ladang ataupun memerlukan khidmat penghantaran dari kami.  Antara menu yang boleh dipilih ialah:
  * Kambing Panggang (BBQ) - pakej dengan sos perang, sos lada hitam & mayonis (Caj: RM500/ekor)
  * Masak Kari - Kambing (Caj: RM250/ekor)
  * Masak Kurma - Kambing (Caj: RM250/ekor)
  * Masak Kicap 'black pepper' - Kambing (Caj: RM250/ekor)
  * Sup - Kambing (Caj: RM250/ekor)
  * Dalca - Kambing (Caj: RM250/ekor)
Harga di atas TIDAK TERMASUK harga kambing.



Menyediakan program 'Animal Hotel'
Animal Hotel adalah khidmat yang kami beri kepada pelanggan yang mengamanahkan ternakan mereka untuk kami ternak di ladang kami.  Dengan caj yang amat berpatutan (RM1.50/hari/ekor kambing, RM5.50/hari/ekor lembu), kami yakin pelanggan akan berpuas hati dengan perkembangan ternakan mereka.  Kos yang dibayar meliputi bayaran untuk prasarana kandang, makanan, rawatan, tenaga kerja, pengurusan rekod dan sebagainya.  Satu perjanjian ringkas perlu ditandatangani oleh tuan ternakan dan MJ Fatonah Sdn Bhd.  Pakej ini tidak termasuk pemasaran dan pengankutan ternakan dari / ke ladang MJ Fatonah.
Antara kebaikan program ini ialah:
  * Tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membangunkan ladang sendiri (kos kandang / tanah)
  * Tidak perlu memikirkan masalah kerenah pekerja
  * Tidak perlu berhadapan dengan berbagai birokrasi dan prosedur PBT.

Menyediakan khidmat pengangkutan untuk produk-produk pertanian
Kami memiliki dua buah lori (1 ton) yang sering digunakan untuk menghantar ternakan, bekalan pertanian seperti baja, makanan ternakan dan sebagainya.  Caj yang dikenakan bergantung kepada jarak penghantaran dan amat berpatutan.


Membina kandang kambing/lembu, reban ayam/itik, stor makanan/peralatan, rumah pekerja dan sebagainya
Khidmat membina bangunan ladang seperti kandang kambing, kandang lembu, reban ayam, reban itik, stor makanan, stor peralatan dan rumah pekerja.

Pembinaan rumah pekerja