Jumaat, Jun 20, 2014

Pembinaan Kandang Kambing Ideal

Pandangan Hadapan Kandang kambing (Kapasiti Maksima 80ekor)
Pandangan Belakang Kandang kambing (Kapasiti Maksima 80ekor)

Spesifikasi Kandang kambing:
  • Saiz:  24’ x 40’ 
  • Kapasiti maksima : 80ekor
  • Tiang batu tanpa plaster
  • Kayu masak berbagai saiz
  • Tanpa lepaan simen di bawah kandang
  • Atap asbestos & atap telus cahaya.
  • Tangki air 100 gelen
  • 2 unit lampu berserta 1 point plug
Untuk saiz ini: RM30k hingga RM35k (bergantung kepada lokasi projek).  Hubungi Jamil 017-3343800 untuk sebutharga saiz lain (mengikut kapasiti ternakan).

Di dalam perancangan membangunkan projek ternakan kambing, 1001 perkara perlu dititikberatkan.  Antara persoalan dari aspek teknikal yang mesti difikirkan adalah:
- Apakah rekabentuk kandang yang sesuai dengan persekitaran tapak projek?
- Dimanakah boleh mendapatkan tukang yang memahami aspek keperluan ternakan?
- Dimanakah boleh mendapatkan bekalan:
   * induk / pejantan / anak kambing?
   * kambing trading untuk aqiqah / korban?
   * makanan ternakan?
   * peralatan penternakan?
   * ubat-ubatan?
   * konsultasi berterusan?
   * aspek2 teknikal lain?

MJ Fatonah Sdn Bhd mengambil inisiatif menyelesaikan dan memberi jawapan kepada banyak persoalan yang timbul.  Kami menyediakan khidmat:
- Pembinaan kandang, rumah pekerja, stor makanan, rumah sembelih, rumah baja dsb
- Pembekalan induk / pejantan / anak kambing, kambing trading untuk aqiqah / korban dsb
- Pembekalan peralatan penternakan
- Pembekalan ubat-ubatan / probiotik
- Memberi khidmat nasihat dari aspek teknikal mahupun keusahawanan

Jumaat, Jun 06, 2014

Prospek Baru Ayam Selasih



JOM TERNAK AYAM SELASIH!!
 
Anak Ayam Selasih Bulu Putih

Hitam Itu Menawan!!!
Di Malaysia, ayam hitam dikenali sebagai ayam selasih dan di Indonesia ia dikenali sebagai ayam cemani.  Seluruh badan ayam ini berwarna hitam, sehingga daging dan tulangnya juga berwarna hitam.  Walaubagaimanapun, terdapat ayam selasih berbulu hitam dan berbulu putih.  


Selain dari keunikan warnanya, daging ayam selasih ini mempunyai kehebatan tersendiri.  Daging ayam selasih mengandungi antioksida yang dinamakan carnosine, dua kali ebih dari carnosine yang ada di dalam daging ayam kampung biasa. Carnosine berkonsentrasi tinggi terdapat pada otot dan otak manusia.  Kesan positif terhadap antioksida ini terhadap manusia ialah kemahiran bertutur cerah penglihatan.
Bagi masyarakat Cina, konsumsi ayam hitam ini telah bermula sejak abad ke 13 lagi.  Kesan yang amat ketara adalah terhadap wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak.  Ia digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti:
-          -  kitaran haid tidak tetap
-          -  senggugut
-          -  monopouse
-          -  makanan dalam pantang selepas bersalin.

Selain dari itu, kehebatan khasiat daging ayam selasih adalah:
·         -  Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
·         -  Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
·         -  Melegakan migrain & angin dalam badan
·         -  Menguatkan hati & buah pinggang
·         -  Melegakan asma
·         -  Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
·         -  Menyelesaikan masalah buasir kecil

Ayam selasih biasanya dibuat sup atau kukus.  Disertakan di sini penyediaan Sup Ayam Selasih yang memang ternyata lazat dan berkhasiat.
Sup Ayam Selasih.. Lazat & Berkhasiat
 Sup Ayam Selasih

Bahan-bahan:
·         ½ ekor ayam selasih
·         2 labu bawang besar
·         2 inci halia
·         4 batang saderi
·         2 batang lobak merah
·         ½ biji lemon
·         1 sudu lada sulah
·         2 sudu Chinese berry
·         Cendawan


Cara penyediaan:
  • Sediakan Stok ayam dengan cara rebus air dengan ayam selasih.
  • Kemudian masukkan saderi, lobak merah, halia, chinese berry, dan bawang besar yang dipotong besar.
  • Keluarkan ayam dan racik-racikkan isinya.
  • Tumis bawang besar, halia, dan lada sulah.
  • Bila sudah masak, masukkan stok ayam tadi.
  • Masukkan saderi, cendawan, dan lobak merah yang dipotong halus.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah diracik. 
  • Taburkan garam secukup rasa

Untuk Menempah Anak Ayam Selasih, sila hubungi: Fatonah 012-3343800
Harga: RM3.00/ekor
Umur: < 1minggu
Minima: 100ekor
Pengangkutan:  Tidak Disediakan

Kursus Usahawan Lembu & Kambing Anjuran LPP Pahang

Pada 11-15hb Mei 2014 Seramai  28 orang hadir didalam program tajaan LPP Pahang. Peserta terdiri daripada ahli PPK yang menternak lembu dan kambing. Program bermula jam 4pm hari Isnin dengan   taklimat perkongsian pengalaman MjFatonah. Peserta kursus didedahkn kepelbagaian cabang perniagaan yg boleh diwujudkan di dalam industri ternakan ini.  Peluang yg peserta ada adalah kawasan yg luas, oleh itu aktiviti pembiakan lembu boleh dijalankan bersekala besar.

Pada hari kedua peserta didedahkn dengan sistem perumahan yang sistematik serta taklimat kesihatan dan rawatan ternakan yg disampaikan oleh Dr Phakar Faris dari MyTernak. Di sebelah petangnya peserta mula beramali rawatan kambing dan lembu serta pengurusan pemakanannya

Hari ketiga dipenuhi dengan aktiviti amali dari pengurusan pemakanan pagi, pembersihan, pembuatan baja, pembuatan silaj dan pengurusan makanan sebelah petang.

Malam terakhir peserta dapat bersama AlFadil Ustaz Roslan Mohamed. Program bermula dgn solat magrib berjemaah. Diikuti dgn solat hajat, bacaan yassin, tahlil arwah dan tazkirah penternakan dalam islam serta solat isyak berjemaah.

Hidangan BBQ resepi MjFatonah disajikan untuk santapan bersama AJK Surau  Kg Teluk Penyamun dan Masjid Kg Kuantan yg hadir bersama didalam program ini.

Hari terakhir peserta di kongsikan penggunaan EM dan cara pembuatannya, pengiraan kos dan keuntungan penternakan serta cara membuat kertas kerja rancangan perniagaan.

Alhamdulilah, semua peserta berpuashati atas program yg disusun. Terima kasih LPP Pahang yang memberi kepercayaan dan amanah kepada MjFatonah mengendalikan Kursus Usahawan ternakan Lembu dan Kambing buat pertama kalinya dari Negeri Pahang. Moga hubungan siratulrahim berkekalan

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan @ Unggas

Kursus persendirian berbayar akan dijalankan pada 20-22hb Sept 2014 di Akedemi MjFatonah Kuala Selangor (KP1409)

Kursus dijalankan berasingan iaitu
          @ Kursus lembu dan kambing
          @ Kursus ayam kg. Itik & puyuh

Fees kursus hanya RM700 sahaja merangkumi penginapan dan makan minum. Bayaran RM100 di bank in ke akaun Maybank MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai pengesahan kehadiran manakala bakinya dibayar sewaktu hari pendaftaran program dijalankan.


Jika berminat hubungi kami di talian 012-3343800 (Puan Fatonah)