Rabu, Januari 27, 2016

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Disember 2015 (KP1511: 26-28hb Disember 2015)

Sekali pun masih letih dengan majlis Resepsi anak kami pada 24hb Disember 2015, kursus sessi Disember tetap dijalankan seperti yang dirancang.  Syukur kepada Allah kerana mengamanahkan kami 38 orang lagi usahawan ternak untuk berkongsi ilmu.
Kali ini 16 orang dari peserta menyertai program Unggas dan 22 orang menyertai Program Ruminan.  Semua peserta memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program dan ia berjalan dengan lancar,

Barisan Jutawan Ternak bergambar kenangan
Seluruh warga MJ Fatonah mengucapkan jutaan terima ksih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menganjurkan kursus ini.  Insya Allah dengan sokongan semua, Akademi Usahawan MJ Fatonah akan terus membuka lembaran baru 2016 dengan kursus-kursus yang lebih mantap pengisisannya.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. 
Amin

Rabu, November 25, 2015

Kursus Usahawan Ternak Ruminan & Unggas KP1510 (21 - 23hb Nov 2015)

===============================
DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK
===============================
Alhamdulillah syukur pada Allah kumpulan peserta kali ini adalah kumpulan paling ramai dalam sejarah Akademi.  Seramai 49 orang peserta menyertai kursus ini.  11 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Unggas dan 38 orang mengikuti program Kursus Usahawan Ternakan Ruminan.  Seperti mana biasa, peserta datang dari berbagai negeri termasuk Sabah.  Berkampung di sini berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.
Barisan 49orang peserta kursus bergambar kenangan di Akademi Usahawan MJ Fatonah

Kumpulan ini juga mencipta rekod terbaru dengan peserta paling muda iaitu Adik Daniel yang berumur 14tahun.  Beliau menunjukkan minat dan memberi komitmen yang cukup baik sepanjang kursus.  Tahniah, Daniel!!
Peserta Unggas berpengalaman menjalankan program sembelihan halal.  Mereka diberi peluang menyembelih itik dan seterusnya amali post mortem penyakit, teknik pemprosesan dan pembungkusan.

Post sikit semasa amali memberi makan lembu
Amali pembersihan ladang


Sempat post dengan Bobby
Amali rawatan kambing
 
Peserta amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.  Terutama sekali program amali yang mendedahkan mereka teknik pengendalian ternakan yang betul dan merasi pengalaman mengendalikannya.
Kursus selanjutnya (KP1511) pada 26-28hb Dis 2015.  Jom sertai beramai-ramai.  Jadikan penternakan satu kerjaya hebat anda.

Selasa, Oktober 20, 2015

Projek Terkini - Ladang Tin MJ Fatonah

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, MJ Fatonah Sdn Bhd memulakan tanaman Pohon Syurga.  Ingin merebut Sunnah Nabi dan memiliki pohon yang terdapat namanya di dalam Al Quran.  Mendapat info melalui sahabat-sahabat alam maya, bacaan di internet dan forum-forum, MJ Fatonah memulakan dengan 10 variety pohon Tin.

Variety Red Khutmani

Variety Beat Ramon
Variety Victoria
Variety Masui Dauphine (J)
Green Jordan

Purple Jordan
Variety Noire de Caromb (NDC)

Variety Taiwan Golden Fig (TGF)

Variety Texas

Variety Brown Turkey Modified -6 (BTM6)

Kami maklum, begitu ramai peminat pohon tin ini namun tak ramai yang mampu untuk memilikinya.  Oleh itu, kami di sini ingin merealisasikan impian mereka untuk mengeluarkan pohon-pohon Tin mampu milik dengan Satu Rumah Satu Pohon Tin agar lebih ramai saudara seislam dapat merasakan keenakkan dan khasiat buahnya mahupun daunnya.
Sahabat usahawan pohon Tin jangan khuatir, ia tidak akan menjejaskan perniagaan kalian.  Saya tetap menyokong usaha kalian membawa lebih banyak lagi variety dari luar untuk dimiliki oleh figgers di Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada Sahabat MJ Fatonah.. Naser atas bantuan beliau memilih variety untuk di tanam.  Insya Allah akan ditambah beberapa variety lagi sebagai koleksi.

Antara variety yang dipilih sebagai permulaan adalah:
1.  Masui Dauphine (J)
2.  Green Jordan
3.  Purple Jordan
4.  Red Khutmani
5.  Taiwan Golden Fig (TGF)
6.  BTM 6
7.  Victoria
8.  Texas
9.  Beat Ramon
10. Noire de Caromb (NDC)

Projek tanaman Tin ini kami serahkan kepada usahawan muda, Amirul Farhan untuk menguruskannya di bawah pemantauan rapi oleh MJ Fatonah.