Khamis, Oktober 30, 2014

Projek Pembinaan Kandang Kambing Puan Rahayu & Liyana

Tahniah Puan Rahayu!!
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan hadapan)
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan sisi)
Kandang kambing bersaiz 24' x 40' (pandangan belakang)


Syukur Alhamdulillah pembinaan kandang untuk projek ternakan kambing Puan Rahayu dan puteri sulungnya, Liyana berjalan lancar walaupun diduga dengan hujan lebat beberapa hari pertama pembinaannya.
Lokasi kandang di Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Johor.  Selain dari kandang kambing ini, Puan Rahayu yang dibantu kuat oleh sepupunya, Zamri turut mengusahakan ternakan lembu dan ayam kampung.
Puan Rahayu, Liyana dan En Mustafa Kamal telah mengikuti Kursus Usahawan Ternakan Ruminan pada 22-24hb Mac 2014 yang lalu.  Dalam tempoh itu, beliau dan keluarga terus menimba ilmu dari penternak-penternak sekitar untuk mempersiapkan diri untuk menjadi Usahawan Ternak yang berjaya.
Kandang bersaiz 24' x 40' ini mampu menempatkan 80ekor kambing (maksima) pada satu masa.  Dibahagi kepada 6 petak, 2petak (12' x 20') di sebelah kiri dan 4petak (8' x 10') di sebelah kanan.  Petak besar sesuai untuk menempatkan kambing aqiqah (sembelihan) manakala kandang kecil untuk menempatkan kumpulan kambing biak.
Laluan tengah dan palung makan
Bos turun padang
2 petak untuk kumpulan aqiqah (sembelihan)
4 petak kecil untuk kumpulan kambing biak


Pendawaian lampu
Tangki air (100gallon)
MJ Fatonah mendoakan projek ini akan berjaya menjadi sebuah projek ternakan yang berdaya maju.  Terima kasih atas amanah yang diberikan untuk pembinaan kandang ini.

Khamis, Oktober 23, 2014

Izzati Melangkah Ke Jutawan Ternak


April 2014....menghadiri kursus ternakan kambing bersama ayahnya....selepas 6 bulan..hasilnya seperti dibawah...Kg Johan Setia, Klang
Biarkan gambar berbicara.....Tahniah Izzati







Selasa, Oktober 21, 2014

TM Line Di Akademi MJFatonah

9 tahun menanti pembekalan talian telefon ke Akademi MJFatonah...Moga wakil Tm Shah Alam dapat merealisasikan permohonan kami

Talian ini perlu utk kemudahan wifi peserta kursus dan keperluan penggunaan fax serta hubungan cctv ke talian handphone

Moga pegawai yg hadir dapat mencadangkan penyambungan talian TM dapat dilakukan dgn kadar segera

Isnin, Oktober 20, 2014

Turapan Tar

Alhamdulilah...akhirnya jalan masuk ladang diturap tar selepas memohon 9 tahun.. Syukran..Allah mengerakkan mereka memberi kelulusan pembinaan jalan ini..Terima Kasih byk2 kpd mereka yg membantu melaksanakan dan mendengar rintihan kami. 
Keadaan jalan sebelum diturap...berhabuk

Lawatan Pelajar AgriBusiness UPM

4 orang pelajar UPM jurusan AgriBusiness datang ke Akedemi MJFatonah utk melengkapkan kerja kursus mereka perihal perniagaan penternakan . 

Ayoi dan annas mewakili kami berkongsi cerita perjalanan perniagaan MJFatonah. Alhamdulilah..mereka bakal menerajui empayar MJFatonah

Moga student yg datang dapat secara langsung cerita jatuh bangun sebagai usahawan ternakan. Moga smuanya berjaya!!

Ahad, Oktober 19, 2014

KP1410(18-20hb Oct 2014)

10 orang bakal jutawan ternak menghadiri kursus lembu dan kursus kambing utk sessi ke 10 bg tahun 2014.
Tahniah yg hadir ! Semoga ilmu yg diperolehi digunakan sebaiknya. Kami senantiasa menyokong anda semua!!
Disinilah jutawan ternak bermula!!!

Rabu, Oktober 15, 2014

Program Kemasyarakatan Bersama Ust Dr Roslan Mohamed Di Masjid Kg Kuantan Kuala Selangor

Ceramah Perdana bertajuk Meniti Hujung Usia...Di Mana Kita?..
Alhamdulilah allah mengizinkan program yg dirancang bersama jawatankuasa Masjid berjalan dgn jayanya. Ramai penduduk kg hadir mengikuti ceramah Ust Roslan .. Syukuran

Terima kasih semua yg hadir .. Moga kita semua dimasukkan kedlm surga allah..amin

Sabtu, Oktober 11, 2014

Live Di TV1: Selamat Pagi Malaysia

MJFatonah Sdn Bhd dijemput ke studio Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur untuk program lintaslangsung Selamat Pagi Malaysia di RTM1 jam 7.55pagi, 10hb Oktober 2014.  Berbicara tentang Aspirasi Bajet 2015: Penjanaan Kewangan Melalui Keusahawanan Dan Perniagaan.

Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Puan Siti Fatonah Arbain menjawab pelbagai soalan yang berkisar kepada dunia keusahawanan dan perniagaan.

 
Perbualan berkisar kepada langkah-langkah untuk menwujudkan ramai lagi usahawan.  Penerapan aspek-aspek keusahwanan perlu diterapkan seawal sekolah rendah lagi.  Silibus keusahawanan perlu diwujudkan dan dipraktikkan sehingga ke peringkat universiti.  Ini bagi mengelakkan kebergantungan lepasan siwazah mengharapkan kerja dengan sektor kerajaan mahupun swasta.
Menyentuh program keusahawan yg dijalankan oleh pihak kerajaan, Puan Fatonah memohon kesinambungan dari program-program yang pernah dianjurkan kerajaan, selepas latihan diberikan.  Pemantauan perlu dibuat agar bantuan susulan boleh dilakukan dan matlamat penwujudan usahawan dapat dilaksanakan lebih berkesan
Sempat bergambar bersama pengacara program, Hezry, Hanie & Nadia


Lawatan Kerja Timbalan Pengarah LPP Selangor pada 8hb Oct 2014

Timbalan Pengarah LPP Selangor yg baru hj Mat Zaini bin Mohd Yusof membuat lawatan kerja ke kawasan pertanian PPK Kuala Selangor .

Salah satu tempat lawatan beliau adalah ladang MJFatonah yg menjalankn perniagaan bersama PPKKS didalam penternakan lembu dan kambing.

En Hafiz selaku Pengurus Besar PPKKS mengiringi beliau dan memberi penerangan perjalanan kerjasama pintar bersama MJFatonah.

Malangnya kami tiada di ladang ketika rombongan sampai kerana urusan rasmi yg kami hadiri di Shah Alam ketika itu. Maaf banyak2...mungkin lain kali kita berjumpa.. InsyaAllah
Deligasi sampai jam 12 tghari
Bakal Penternak jaya muda memberi penerangan di Rumah Lembu
Melihat kambing yg diniagakan bersama MJFatonah dan PPKKS

Terima kasih atas lawatan singkat ini. Moga memberi input yg berguna kpd beliau utk memacu industri ruminan didalam pentadbiran LPP Selangor


Selasa, Oktober 07, 2014

Ibadah Korban

Alhamdulilah syukur kita diberi kesihatan dan rezeki oleh Allah. Kepada yang membeli dan berurusan dgn MJFatonah utk bekalan lembu korban dan kambing korban diucapkan terima kasih. Moga ibadah yang dijalankan diterima Allah dan di murahkan rezeki utk berkorban tahun hadapan juga



Rabu, Oktober 01, 2014

RKRS7 Tajaan KDEB

I
Akedemi MJFatonah dilantik sekali lagi menjalankan program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) yang dijalankan pada Ahad 29hb Sept hingga Jumaat 3hb Oct 2014
Seramai 30 bakal jutawan ternak bakal mewarnai industri ternakan Selangor hadir dalam program ini selama 6 hari 5 malam. Kursus ini meliputi kursus lembu, kursus kambing, kursus ayam kampung, kursus itik dan kursus puyuh.
30 Jutawan ternak
Rawatan unggas....
Makan 6 kali sehari...
Rawatan kambing.....
Program kerohanian...Solat dhuha, solat hajat, tahlil dan tazkirah oleh Ust Roslan Mohamed
Unggas...feeding time
Baksin time....
Cleaning time...
Making of MJFBio.....
Sembelihan....
Gaduation....