Sabtu, November 29, 2014

Kursus Ayam Kg, itik dan puyuh

Program terakhir tahun 2014 ...

Jadual program pada 13-15hb Dec 2014

Jadual spt dibawah


Map ke ladang


Hubungi 012-3343800 utk maklumat lanjut


Kursus Lembu dan Kursus Kambing

Program terakhir Kursus Lembu dan Kambing (KP1412) akan dijalankan pada 13-15jb Dec 2014...jika berminat sila hubungi 012-3343800

Jadual program spt dibawah ini

  Map ke lokasi spt dibawah ini
Bayaran RM700 seorang meliputi penginapan dan makan minum serta aktiviti teori dan amali. Depositkan booking tempat ke akaun Maybank 562085515735 MJ Fatonah Sdn Bhd

Khamis, November 27, 2014

RUSA...Komuniti Baru MJFATONAH

Liputan akbar Kosmo 23hb Nov 2013 


Kenapa rusa??

Ternakan yg lasak dan bernilai serta kurang risiko penyakit !!

Kawasan peliharan yg ekonomi dan boleh makan apa saja.

Kami ingin menambah komuniti ternakan agar kepelbagaian bidang niaga diwujudkan..doakan kami dipermudahkan oleh Allah..Amin


Rusa boleh di fidlotkan



Rabu, November 26, 2014

Kursus Asas Ternakan Rusa Di Muar

Kami join kursus anjuran kementerian Belia dan Sukan di Sure Jade Sdn Bhd Jln Barariah, 84000 Muar, Johor

Kursus ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah KBS , Dato Hjh Hatifah bt Ibrahim yg kebetulan Dato KP adalah anak jati kg ini.


Pn Fatonah bersama KP KBS


Timbalan Ketua Pengarah KBS


Selfie ckit....hahaha


Rusa...ready for sale







Selasa, November 25, 2014

Ronda - ronda di MAHA 2014

Ronda-ronda di Laman Ternakan

Lembu baka belgium blue


Singgah di kaunter Unggas


Sokongan padu kpd PPAKM


Sempat drop dikaunter GTR


Menyokong GTR..tkasih En Mior menaja pendaftaran keahlian kami







Isnin, November 24, 2014

Seminar Usahawan Berjaya di UPM

MJFatonah dijemput berkongsi pengalaman bersama peserta

Lebih 300 orang yg hadir


Tn Hj Nasir Samad antara panel penceramah

ReUnion SMK Bukit Gading


Seramai 20 keluarga berhimpun utk memeriahkan program reunion bagde 1982-1986 bergambar di dataran jutawan

Mereka membawa pelbagai makanan dan juadah yang sedap2


Diselitkan program doa selamat rakan yg nak mengerjakan umrah dan perbincangan untuk menubuhkan koperasi alummi


Sempat juga anak2 bujang mengambil kesempatan bermain snooker


Pengetua SMK Bukit Gading turut hadir memeriahkan majlis


Kami menyediakan kambing golek dan kari kambing...menggunakan Pes Perap MJF





Sabtu, November 22, 2014

Anugerah Khas Perdana MAHA 2014

Alhamdulilah...Syukur pada Allah
MjFatonah buat pertama kalinya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Perdana Menteri 2014 yg disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak di MAHA 2014, Maeps, Serdang.
RM20,000.00 untuk Penternak Jaya dan RM60,000.00 untuk hadiah Anugerah Perdana..syukur pada Allah

Sempat bergambar sewaktu makan bersama PM selepas penanugerahan
Sempat bergambar dengan isteri menteri pertanian dan timb menteri

MB Selangor pun turut serta sewaktu MAHA2014





Jumaat, November 21, 2014

Penternak Jaya Kebangsaan 2014

Alhamdulilah syukur pada allah atas kurnian rezeki tahun ini berpihak kepada MJFatonah selepas 9 tahun menjadi usahawan ternak sejak 2005.
Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Ismail Sabri


Berkongsi kebanggaan dgn annas

Ahad, November 16, 2014

KP1411 Kursus Ruminan & Unggas

Kursus persendirian kali ke11 tahun 2014  yg dijalankan pada 15-17hv Nov , dihadiri oleh 15 peserta dari  seluruh Malaysia

Lawatan dari Usahawan P.Pinang bersama Angkasa Selangor

40 orang deligasi dari Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hadir ke ladang MJFatonah hari ini 15hb Nov 2014. Tujuan lawatan utk melihat kemajuan dan kejayaan projek usahawan dibawah koperasi selangor.
Kami berkongsi pengalaman yg ada utk diguna pakai oleh usahawan yg datang sebagai penyuntik idea2 baru yg boleh digina pakai di tapak projek mereka.
Tkasih angkasa selangor kerana datang ke ladang kami utk sesi lawatan ini


Jumaat, November 14, 2014

MJF Bio di pasaran

MJF Bio dihasilkan dari fomulasi extrac enzim buah-buahan yang mempunyai vitamin C yang tinggi. Ianya menghasilkan gabungan mikrob baik yg boleh digunakan untuk ternakan, tanaman, nyahbau dan apa juga aktiviti pertanian dan penternakan.
Harga pasaran RM25/liter ...boleh hubungi 012-3343800 untuk tempahan atau datang ke ladang untuk miliki terus.
Set  MJF Bio bersama molases asli untuk mengaktifkannya dengan nisbah 1 liter MJF Bio dicampur dgn 1 liter molases dan 18 liter air tanpa klorin. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan sedia digunakan selepas 5 hari. Pastikan setiap hari longgarkan penutup bekas kedap udara ini untuk mengelluarkan gas yg terhasil sewaktu mengaktifkan MJF Bio

Kebaikan MJF Bio
  1.  Mengurangkan bau tinja/tahi ternakan
  2.  Mengurangkan lalat dan mesra alam
  3.  Bertndak sebgai anti stress kepada ternakan
  4.  Penyerapan nutrien makanan yang lebih baik. Oleh itu ternakan cepat besar dan sihat.
  5.  Penggunaan ubat yang minimum...dapat kurangkan kos ubatan sehingga 80%.
  6.  Baja yang terhasil dari tinja ternakan menggunakan MJF Bio lebih berkualiti.
  7.  Boleh digunakan utk menggurangkan hama dalam ladang
  8.  Meningkatkan keuntungan pengusaha

Pencalonan Anugerah Khas Perdana Menteri 2014

Alhamdulilah Siti Fatonah Arbain di senarai pendekkan antara 7 calon yang di akan di anugerahkn sebagai penerima Anugerah Khas Perdana Menteri MAHA 2014.

Jam 7pm 13hb Nov 2014, 7 panel hakim dan 5 urusetia hadir ke ladang utk menilai kelayakkan mengondol anugerah ini. Moga kami di berikn pengiktirafan yng bermakna oleh Allah..Amin
Deligasi dihidangkan BBQ kbg bersama beberapa peserta kursus dan penduduk kampung serta GM PPKKuala Selangor dan En Ismail Zam Zam dari KDEB.. Terima kasih hadir menyokong MJFatonah
40 minit diperuntukkan utk sesi penerangan dan disambung oleh sesi soal jawap


Selasa, November 11, 2014

Pelancaran Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov - Dis 2014)

FATONAH TIDAK KEKOK SEMBELIH LEMBU, KAMBING

Ini lah tajuk besar muka depan Jurnal Agrotani yang julung-julung kali diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MoA) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).  Syukur kepada Allah, MJ Fatonah telah dipilih untuk menghiasi muka depan edisi pertama jurnal ini. 
Dengan tema 'MENJEJAK RAHSIA USAHAWANJAYA', jurnal ini mengupas kisah-kisah kejayaan usahawan penternakan ikan keli, usahawan mangga harumanis, udang, madu lebah, cendawan, sayuran, betik, penternak ayam kampung dan puyuh.  Jurnal ini juga menyingkap sejarah MAHA dan memberi informasi juga tentang racun paraquat.
Jurnal ini boleh dimiliki dengan harga RM10 senaskah dan diskaun diberikan untuk belian pukal.  Dapatkan jurnal pertanian yang berinformasi ini.

Muka depan Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov-Dis 2014)



Aktiviti Amali Peserta Kursus
Terima kasih kepada Ketua Pengarang, Dato' Dr Hj Mat Yasir bin Hj Ikhsan atas kepercayaan beliau memilih MJ Fatonah untuk jurnal ini.  Terima kasih juga kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia.

Jumpa nanti di MAHA 2014, MAEPS, Serdang!!!

DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK