Rabu, Januari 27, 2016

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Disember 2015 (KP1511: 26-28hb Disember 2015)

Sekali pun masih letih dengan majlis Resepsi anak kami pada 24hb Disember 2015, kursus sessi Disember tetap dijalankan seperti yang dirancang.  Syukur kepada Allah kerana mengamanahkan kami 38 orang lagi usahawan ternak untuk berkongsi ilmu.
Kali ini 16 orang dari peserta menyertai program Unggas dan 22 orang menyertai Program Ruminan.  Semua peserta memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program dan ia berjalan dengan lancar,

Barisan Jutawan Ternak bergambar kenangan
Seluruh warga MJ Fatonah mengucapkan jutaan terima ksih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menganjurkan kursus ini.  Insya Allah dengan sokongan semua, Akademi Usahawan MJ Fatonah akan terus membuka lembaran baru 2016 dengan kursus-kursus yang lebih mantap pengisisannya.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. 
Amin