Projek terkini MJ Fatonah Sdn Bhd ialah MJ Fatonah Rabbitry, penternakan arnab. Projek ini telah bermula Disember 2011 dengan 2 pasang arnab. Arnab terus membiak dan pertambahan induk dibuat sebanyak 17ekor lagi. Perkembangan projek amat menggalakkan. Sehingga kini, arnab di MJ Fatonah Rabbitry mncecah 120ekor.
Dimulakan dengan baka arnab-arnab kampung sebagai proses pembelajaran penternakan, projek diteruskan dengan baka-baka kacukan Fuzzy, Lop, Angora, Chincilla & New Zealand White.
MJ Fatonah Rabbitry merancang akan mula memasarkan arnab sebagai haiwan
kesayangan (pet) dahulu. Perancangan seterusnya untuk memasarkan
daging arnab dan peralatan penternakan arnab.
59buah sangkar yang mampu memuatkan 300ekor arnab dewasa.
Antara arnab-arnab comel yang ada di MJ Fatonah Rabbitry
Ini antara induk yang sangat produktif dan pandai menjaga anaknya.
Terima kasih atas amanah yang diberi oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membekalkan pakej ternakan ayam kampung. Asnaf yang menerima sumbangan bantuan modal ini ialah Encik Azahal bin Saaod dari Kg Selisek, Ulu Bernam.
Pakej yang diterima termasuk:
Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung
Menaiktaraf reban
Reban Perindukan
Pembekalan anak ayam
Anak Ayam (DOC)
Vaksin, EM & Vitamin
Gambar di atas adalah gambar sebelum dan selepas reban dibaikpulih (pandngan luar).
Gambar di atas adalah gambar sebelum dan selepas reban dibaikpulih (pandngan dalam).
Pembekalan makanan ayam, vitamin, EM-1, molasses, nyahkuman dan vaksin
Pembinaan reban perindukan untuk kapasiti 300ekor anak ayam
Tempahan kambing-kambing untuk Haiwan Suci Sdn Bhd, Ulu Langat selamat dihantar pada 27hb April 2012. Wakil Haiwan Suci Sdn Bhd amat berpuas hati dengan tempahan yang diterima.
Terima kasih kerana memilih MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai pembekal ternakan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kursus ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Atas kerjasama yang sangat baik dari semua peserta, semua modul yang disusun telah dilaksanakan dengan mudah.
Terima kasih kepada semua peserta kerana memilih Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah sebagai tempat latihan pernternakan. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan terus kekal, Insya Allah.
Kepada Tuan Haji Yunos & Puan Dayang Faridah, semoga ilmu yang dikongsikan dapat dikembangkan di Brunei Darussalam. Semoga semua peserta akan beroleh kejayaan dalam bidang penternakan ini dan terus memartabatkan ia sebagai karier yang cemerlang..
Berdiri Dari Kiri: Fahmi, Ruzaini, Khairul, Yasser, Hj
Yunos, Ruzaifi, Adzim & Rohimi Duduk
dari kiri: Hamzah, Ammar, Hafiz,
Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Aini, Akma & Dayang Faridah
Menjalani amali memberi lembu makan dedak
Menjalani amali mengumpul tinja untuk dijadikan baja
Masih sempat 'posing' lagi...
Menjalani amali membersihkan rumah kambing
Menjalani amali memberi kambing makan
Menjamu selera setelah penat menjalani amali-amali ladang
Menjalani amali rawatan kambing
Menjalani amali rawatan lembu
Menjalani amali mengumpulkan pelepah sawit untuk makanan ternakan
Kursus berlangsung selama 2hari 1malam bermula 07hb April hingga 08hb April. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh peserta. Kursus seterusnya dijangka akan diadakan pada 05hb - 06hb Mei 2012.
Peserta kursus yang mengambil bahagian: Affis, Fadzil, Hani, Latif & Ruzi
Amali memindahkan ayam dari perindukan ke reban pembesaran
Vaksinasi ND-IB untuk anak ayam
Vaksinasi ND-IB untuk anak itik
Latihan Amali memberi itik makan
Itik yang sedang menunggu makanan diberikan
Latihan Amali memberi angsa makan
Menabur zeolite bagi mengurangkan masalah bau dan lalat
Ayam belanda sedang beriadah petang
En Ruzi & En Hani dengan JJ (anak merak kesayangan MJ)