Khamis, Mei 25, 2017

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas (KP1701, KP1702 & KP1703)

Assalamualaikum.. 2017 adalah tahun yang agak sibuk dengan berbagai pembaharuan dan perkembangan yang direalisasikan.  Sehinggakan terlepas pandang untuk update blog ini.

Lima sessi kursus telah dijalankan sepanjang Jan hingga Mei 2017.
1.  KP1701
     Tarikh:     21 - 23hb Januari 2017
     Bilangan:  19 orang (15 Ruminan & 4 Unggas)
 2.  KP1702
     Tarikh:     18 - 20hb Februari 2017
     Bilangan:  16 orang (8 Ruminan & 8 Unggas)
 3.  KP1703
     Tarikh:     18 - 20hb Mac2017
     Bilangan:  22 orang (13 Ruminan & 9 Unggas)

4.  KP1704
     Tarikh:     29hb April - 01hb Mei 2017
     Bilangan:  24 orang (16 Ruminan & 8 Unggas)

5.  KP1705
     Tarikh:     22 - 24hb Mei 2017
     Bilangan:  17 orang (13 Ruminan & 4 Unggas)










BENGKEL PENGURUSAN PENYAKIT AYAM KAMPUNG

Usai sudah program Bengkel Pengurusan Penyakit Ayam Kampung anjuran Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Usahawan MJ Fatonah.
Barisan Peserta bergambar kenangan dengan penceramah dan AJK PUSAKA
Program sehari ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Dr Lokman Hakim bin Idris bertajuk Senario Penternakan Ayam Kampung di Malaysia.  Disambung oleh Dr Jalila Abu utk topik Vaksinasi dan taklimat terakhir disampaikan oleh Dr Nik Mohd Faiz bertajuk Pengurusan Penyakit2 Ayam Kampung.
Ceramah dari Dr Lokman
Ceramah dari Dr Jalila
Penerangan tentang penyakit ayam kampung ole Dr Nik
Peserta sangat teruja dengan program yang diatur
Program berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor.  Disambung semula dengan amali Post-mortem ayam.  4 ekor ayam disediakan utk tujuan ini. Seekor dibedah siasat oleh Dr Nik sebagai demonstrasi dan 3ekor lagi dibahagi kepada peserta sebagai latihan amali.
Demonstrasi post-mortem oleh Dr Nik
Ayam yang sedang di post-mortem
Organ dalaman yang normal / tiada penyakit
Ade tanda kemerahan / abnormal pada usus
Prof Madya Dr Jalila selaku ketua Vet dari UPM


 Program berakhir dengan penyampaian sijil oleh Dr Jalila, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan ucapan penutup oleh Presiden PUSAKA, En Najib Habeb.





Jutaan terima kasih kepada team dari UPM, Dr Jalila, Dr Lokman dan Dr Nik atas kesudian menganjur bersama program ini. Diharap banyak lagi program2 yang akan diatur oleh PUSAKA dimasa2 akan datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PUSAKA, sila layari www.ayamkampung.com.my.