Rabu, Mei 25, 2016

LAWATAN KERJA USAHAWAN TERNAK NEGERI SARAWAK KE MJ FATONAH

Dengan rasa berbesar hati menerima kunjungan sahabat-sahabat usahawan ternak dari Negeri Sarawak.  Rombongan usahawan seramai 25 orang ini diketuai oleh Cik Nadia dari pejabat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Putrajaya.
Barisan delegasi dari Sarawak
Bas MoA yang membawa rombongan usahawan ke MJ Fatonah
Rombongan sampai tepat jam 2pm.  Didahului dengan taklimat yang disampaikan oleh En MJ, Pengarah Operasi MJ Fatonah Sdn Bhd.
Taklimat disampaikan oleh En MJ
Peserta mendengar taklimat

Para tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan dan diikiuti dengan sessi lawatan ladang.  Para tetamu dibawa ke kandang fidlot lembu dan kambing.

Sebelum berangkat pulang, sessi fotografi untuk kenangan dibawa pulang.  Para deligasi sempat juga bermesra dengan maskot ladang Mr Untong...
Barisan peserta bergambar kenangan... Mr Untong pun nak join sekali
Mr Untong memang tak boleh tengok kamera

MJ Fatonah juga menerima cenderahati tanda kenangan dari wakil rombongan.

Menerima cenderahati tanda kenangan
Cantik sangat!!
Terima kasih atas kesudian melawat kami, terima kasih juga untuk cenderahati yang diberikan.  Maaf jika ada kekurangan dalam majlis ringkas tadi.  Semoga ada kerjasama dua hala dapat dibentuk di masa akan datang, Insya Allah.  Kami sedia memberi kerjasama untuk membangunkan industri ternakan di Sarawak.

Salam sayang dari seluruh warga MJ Fatonah, En MJ dan Mr Untong...




Selasa, Mei 24, 2016

MELANGKAH KE DUNIA JUTAWAN TERNAK

~ DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK ~

Tahukah anda?
Anda akan menikmati 20 kelebihan di Akademi Usahawan MJ Fatonah.
10 kelebihan semasa kursus & 10 kelebihan selepas kursus

SEMASA KURSUS
  • Anda akan mendapat ‘first hand information’ dari kami yang merupakan pengusaha akademi ini sendiri yang merupakan PENTERNAK JAYA KEBANGSAAN 2014 dan PEMENANG ANUGERAH KHAS PERDANA MENTERI (Pertanian) 2014
  • Penerangan teori di bilik kuliah yang selesa
  • Pendedahan ‘Hands On’ latihan amali di ladang dengan penggunaan ternakan, peralatan ladang dan mesin-mesin
  • Sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Pekhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  • Pakej Uniform (Kemeja T dan Topi eksklusif MJ Fatonah) SERTA Beg Kursus berserta nota, pen dan kertas
  • Peralatan keselamatan diri (PPE): sarung tangan getah untuk rawatan, sarung tangan kain untuk kerja-kerja ladang dan topeng hidung (mask).  Boot juga disediakan untuk kegunaan di akademi.
  • Penginapan bilik yang berhawa dingin, lengkap dengan bilik air dan ‘hot shower’, sabun mandian, sabun membasuh baju dan berus.
  • Makan minum 6 kali sehari dengan menu traditional kampung di dewan makan berhawa dingin serta 'free flow drinking water'
  • Senarai  nama pembekal ternakan, makanan, peralatan dan perubatan ternakan.
  • Cenderahati untuk dibawa pulang, gambar barisan peserta (glossy paper & berlaminat) dan direktori peserta kursus.
SELEPAS KURSUS
  • Menjadi ahli SAHABAT MJ FATONAH dan mendapat berbagai kelebihan ahli
  • PERCUMA - 'Personal Coaching' (Khidmat nasihat) berterusan
  • PERCUMA - Bantuan penyediaan kertaskerja untuk tujuan permohonan pembiayaan
  • Dirangkaikan dengan rangkai niaga MJ Fatonah Sdn Bhd
  • Harga istimewa untuk produk-produk MJ Fatonah
  • Didaftarkan ke group-group WhatsApp untuk mendapat maklumat dan peluang-peluang terkini
  • Berpeluang menyertai kursus-kursus / seminar-seminar lanjutan secara PERCUMA / HARGA DISKAUN
  • Berpeluang menyertai seminar dan lawatan / ziarah-tani di dalam dan luar negara
  • Berpeluang mendapat tajaan / bantuan modal projek kepada yang layak
  • Sokongan untuk kelulusan permohonan pinjaman