Selasa, Mac 25, 2014

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas (KP1404)


Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah swt, dengan izinNya, seramai 19 orang menghadiri program Kursus Usahawan Ternakan Ruminan dan Unggas pada 22-24hb Mac 2014.  Seramai 12 orang peserta Kumpulan Ruminan (lembu dan kambing) manakala 7orang peserta Kumpulan Unggas (ayam kampung, itik dan puyuh).

Berdiri Dari Kiri:   Joe, Azriel, Sauzi, Borhan, Adib, Faizal, Azri, Shah, Aidin, Sulaiman & Ruslan

Duduk Dari Kiri:    Saiful, Mustapha, Saifudin, Hj Ali, Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Rahayu, Liyana, Mahfiah & Hussain
Akademi rasa amat berbangga kerana kumpulan kali ini dihadiri oleh bakal jutawan ternak dari berbagai negeri.  Dari Sabah, Kelantan, Johor, Kedah, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.  Perbezaan negeri mahupun latarbelakang tidak menjadi satu halangan kepada semua peserta bekerjasama menjayakan program ini.  Ribuan terima kasih kepada semua peserta.

Amali penyembelihan dan melapah kambing
Amali pemvaksinan anak ayam
Acara senaman ringan sebelum menjalankan aktiviti amali
Peserta Unggas bersama itik-itik yang ditangkap untuk latihan amali sembelihan
Amali Sembelihan...
 

Amali Pembuatan Silaj
Amali Feeding
Putra The Hero
Akademi mendoakan semoga peserta memanfaatkan ilmu yang dikongsikan selama 3hari 2malam di sini dan akan menjadikannya panduan dalam menuju kejayaan dibidang penternakan ini. Semoga silaturrahim yang terjalin akan terus berkekalan.

Tiada ulasan: