Selasa, Mac 18, 2014

Kursus Pembuatan Baja Organik Anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah mengamanahkan Koperasi MJ Fatonah menjalankan program kursus pembuatan baja organik pada 10hb - 14hb Mac 2014.
Seramai 19 orang koperator dari koperasi seluruh Malaysia hadir dalam program ini termasuk 2 orang tenaga pengajar MKM iaitu Puan Norhayati dan Cik Nabilah.
Peserta didedahkan dengan kaedah pemprosesan baja menggunakan konsep teknologi Solo Indonesia.  Peserta juga didedahkan dengan pembuatan EM serta penggunaannya di dalam aktiviti ternakan, tanaman dan penggunaan seharian.
Diakhir kursus, peserta membuat kerjakumpulan untuk Rancangan Perniagaan Baja Kompos yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar MKM.
Alhamdulilah, maklumbalas yang diterima berbentuk lisan atau bertulis menyatakan kepuasan mereka mencapai matlamat kursus. Insya Allah, mereka akan memulakan jualan baja yang dihasilkan oleh Koperasi MJ Fatonah sebagai permulaan menceburi bidang produk hiliran baja ini. Tahniah kepada semua peserta yang hadir.
Cik Nabilah dan Puan Norhayati wakil dari MKM

Kumpulan Pesembahan terbaik pembentangan kertas kerja RP
Baja yang siap dibungkus diberi kepada semua peserta

Tiada ulasan: