Rabu, Mac 19, 2014

Projek pakej ternakan ayam bantuan Asnaf Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Lembaga Zakat Selangor memberi kepercayaan kepada MJ Fatonah Sdn Bhd untuk melaksanakan pakej bantuan ternakan ayam kampung kepada asnaf zakat En Makmor di No 40, Lorong Temenggong, Felda Sg Tengi.
Pakej ini meliputi pembinaan reban ayam, anak ayam, makanan dan perubatan. Ini antara program bantuan LZS kepada asnaf yang layak dibantu untuk menambah pendapatan sedia ada.
Reban pembesaran ayam seluas 45' × 45' dibina untuk memuatkan 400 ekor ayam. 4 unit Reban perindukan dibina seluas 4' × 6' setiap satu untuk menempatkan 100 ekor anak ayam. 3 biji mentol 40watt dipasangkan untuk memastikan haba di dalam reban mencukupi untuk keperluan anak ayam.
Kerja-kerja pembinaan bermula 15hb Mac 2014 dengan 2 orang staff membina reban selama 5 hari.
Anak ayam dan makanannya akan dihantar pada jumaat 21hb Mac 2014. Terima kasih LZS kerana kepercayaan dan amanah yang diberikan. Marilah kita berdoa supaya projek ini berjaya dijalankan oleh En Makmor dengan jayanya dan dapat menjana pendapatan yang baik.
Reban pembesaran yang boleh memuatkan maksima 450 ekor ayam dewasa
Kawasan riadah ayam yang dipaggar dgn jaring pukat serta zink kilang utk mengelakkan pemangsa
4 unit reban perindukan yg boleh menempatkan 400 ekor anak ayam
Pandangan dari tepi reban

Tiada ulasan: