Jumaat, September 05, 2014

Bengkel Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik Anujran Maktab Koperasi Malaysia



Sebagaimana telah dijanjikan dengan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sejak Mei lalu, satu lagi sessi program Kursus Pembuatan Baja Organik telah dijalankan di Akademi Usahawan MJ Fatonah.  Program ini berlangsung dari 18hb -22hb Ogos 2014.  Seramai 20 koperator telah menyertai program ini diketuai oleh pegawai MKM, Puan Khairun Niza.  Program ini bermula di MKM pada 18hb Ogos 2014, dengan sessi pengenalan dan Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik.


Gambar kenangan di Akademi MJ Fatonah
Rombongan peserta sampai ke Akademi Latihan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 19hb Ogos 2014 jam 11.00am.  Program di akademi dimulakan dengan taklimat oleh saya selaku Pengerusi Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad.  Sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang ingin mendalami ilmu pembuatan baja organik ini.
Hari kedua program dipenuhkan dengan latihan amali.  Seperti biasa, program dimulakan dengan senaman ringan.  Saya juga yang memimpin sessi ini.  Maaf kepada tuan-tuan yang dah lama tidak bersenam… sakit pinggang dan lutut, walaupun namanya senaman ringan.  Program diteruskan dengan sessi fotografi kenangan.
Sessi Senaman Ringan sebagai 'warm up' sebelum menjalankan program amali di kandang
Sessi seterusnya dikendalikan oleh En MJ selaku konsultan teknikal.  Pengumpulan tinja ternakan sebagai bahan asas baja organik.  Tinja-tinja dikumpulkan dan diangkut ke rumah baja.  Di dalam praktik di MJ Fatonah, pengumpulan ini dibuat secara berkala selang sehari untuk kandang kambing dan setiap hari untuk kandang lembu.  Semua peserta telah memberi kerjasama yang amat baik dengan kakitangan dan urusetia.
Amali pengumpulan tinja lembu
Modul-modul keusahawanan juga dibentangkan di dalam program ini seperti topik Pemasaran Berkesan, Akaun dalam pembuatan Baja Organik dan Rekod-rekod Ladang.  Program amali lain seperti pembungkusan dan Pelabelan Baja juga dijalankan.
Amali pembungkusan dan pelabelan baja
Topik yang sangat mendapat sambutan dari peserta ialah Pembuatan Probiotik EM dan Penggunaannya.  Peserta berpeluang membuat sendiri EM dari buah-buahan.
Amali pembuatan EM induk
Acara kemuncak program ini adalah Tazkirah & Jamuan Makan Malam BBQ bersama Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed (penceramah Al-Halaqah & Al-Kuliyyah).  Peserta berpeluang beramah mesra dengan beliau.
Ustaz Roslan bergambar kenangan bersama En MJ & para peserta
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program kursus ini.  Terima kasih kepada Puan Khairun Niza dan Puan Norhayati yang telah bekerja keras menjayakan program ini dan jutaan terima kasih kepada MKM atas amanah yang diberikan kepada Koperasi Pelatih MJ Fatonah.

Tiada ulasan: