Isnin, Julai 31, 2017

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas (KP1706)

Setelah bercuti panjang untuk menghayati keindahan Ramadhan dan Syawal 1438H, Akademi meneruskan usaha menabur bakti, berkongsi ilmu serta pengalaman di dalam program Kursus Usahawan Ternakan Ruminan / Unggas sessi ke 6/2017).
KP1706
     Tarikh:     22 - 24hb Julai 2017
     Bilangan:  21 orang (13 Ruminan & 8 Unggas) termasuk 4 orang pelajar praktikal dari UPM.
Para peserta sangat komited dengan semua aturcara program.  Secara keseluruhannya, semua peserta berpuashati dengan modul yang disusun begitu rapi.  Latihan amali yang hands on amat memberi pendedahan kepada para peserta tentang aktiviti sebenar dalam projek penternakan.

Semoga semua peserta akan memanfaatkan segala ilmu yang dikongsikan bersama tenaga pengajar dan rakan2 peserta.

Ikuti program akan datang pada 24 - 26hb Ogos 2017.  Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-3343800.

Tiada ulasan: