Jumaat, Disember 23, 2011

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Kursus ini berlansung dari19hb Disember 2011 sehingga 22hb Disember 2011 anjuran Ibupejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Seramai 15orang peserta menyertai.  Terima kasih kepada LPP kerana mengamanahkan kami satu lagi sessi kursus.  Terima kasih juga kepada En Mohd Fadzil selaku penyelaras kursus serta kepada para peserta yang telah memberi kerjasama yang amat baik,
Kursus ini di tutup dengan rasminya oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Kamaruddin, Timbalan Pengarah LPP Selangor.

Isnin, November 28, 2011

Selangor Agrofest 2011

Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) akan berlangsung pada 28 November hingga 4 Disember 2011 depan di perkarangan tempat letak kereta Stadium Malawati, Shah Alam mensasarkan 4 juta pengunjung.  Ia akan menghimpunkan golongan usahawan pertanian di Selangor bagi mempromosikan dan memasarkan produk pengeluaran mereka kepada orang ramai.

Di pesta ini, MJ Fatonah Sdn Bhd telah di beri amanat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor untuk menyediakan kambing panggang dan ayam belanda panggang berserta dengan kentang putar dan coleslaw di booth JPV pada 1hb Disember 2011.

Kami akan menyediakan hidangan yang pastinya memikat selera pengunjung yang datang ke booth JPV Selangor.  Jumpa anda di sana!!!!

Khamis, Jun 23, 2011

Kursus Produk Hiliran Telur Itik Anjuran JPV Negeri Selangor

Inilah barisan peserta dan pegawai JPV yang menyertai Kursus Produk Hiliran Telur Itik.  Berdasar komen yang diberi di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan modul yang disusun dan perkhidmatan yang diberikan.  Di dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan teknik pembuatan telur masin, telur jeruk dan telur pindang.
Ribuan terimakasih kepada Pn Siti Rohmah dari JPV Neg. Selangor kerana memberi peluang kepada MJ Fatonah Sdn Bhd mengendalikan kursus ini.  Terimakasih juga kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dan tidak lupa terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini.  Alhamdulillah...syukur.

Rabu, Mei 18, 2011

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Persendirian) 15-17hb Mei2011

Berdiri dari kiri: Azian, Othman, Roslan & Kamal
Duduk dari Kiri: Shark, Jamil, Fatonah & Adila
Amali Pembuatan Baja
Amali feeding - memberi makan ternakan

Mengumpul tinja untuk dibuat baja
Amali Pembuatan Baja
Memberi kambing makan pelepah sawit
Little Shark bersama Shark & Adila
Kursus telah berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun beberapa peserta yang mendaftar telah menarik diri di saat-saat akhir.  Syukur, Alhamdulillah semua peserta telah memberi kerjasama yang baik.  Terimakasih kepada Roslan Said, Kamal Ismail, Othman Mamat, Noorshakirin (Shark), Rabiatul Adila dan Azian Salawati Abd Razak.  Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah ini dapat dipraktikkan dan dikongsikan juga dengan orang-orang yang memerlukan.

Selasa, April 19, 2011

Pakej Penternakan Ayam Kampung Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor

Pakej yang disempurnakan dengan membaikpulih reban yang sedia ada, membekalkan anak ayam, makanan ayam, bekas makanan, bekas minuman, nyah kuman dan Probiotik EM-1. Asnaf-asnaf begitu gembira menerima pakej ini dan mereka amat berterimakasih dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS)atas sumbangan yang diberikan.

MJ Fatonah Sdn Bhd berdoa agar LZS akan terus bersedia memberi amanah tanggungjawab menyempurnakan pakej-pakej ternakan kepada asnaf-asnaf LZS.

Peralatan Nyah kuman
  Reban Perindukan & Pembesaran yang telah dibaikpulihMakanan Ayam (Starter & Grower)
Anak Ayam berumur 2hari Perindukan Untuk Anak Ayam (2-30hari)

 

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Persendirian) 16-18hb April 2011


Satu sessi Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing selama 3hari 2malam telah dijalankan pada 16-18hb April 2011. Walaupun kumpulan yang kecil namun matlamat kursus kesampaian. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih kpd Encik Adam Ali sebagai penghulu kumpulan. Kepada Aiman dan Haza, terimakasih kerana sanggup dtg jauh dari Kota Bharu untuk mengikuti kursus ini. Hafiz dan Zahir, kambing dan puyuh boleh 'on' sekali..

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Anjuran RISDA pada 11-14hb April 2011


Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Kursus yang dirancang telah berjalan dengan lancar seperti jadual yang disusun. Amanat RISDA kepada MJ Fatonah Sdn Bhd telah disempurnakan sebaiknya. Kepada RISDA, terimakasih atas kepercayaan yang diberi dan kepada semua peserta, terima kasih atas kerjasama yang diberi sepanjang kursus. Begitu juga dengan krew / warga MJ Fatonah Sdn Bhd, terimakasih. Semoga silaturrahim yang terjalin sepanjang kursus akan berkekalan selamanya..

Selasa, Mac 15, 2011

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing 04 - 06hb Jun 2011

Kursus ini akan dijalankan di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 04-06hb Jun 2011. Pakej kursus yang ditawarkan meliputi penerangan teori, latihan amali, penginapan, makan minum (6x sehari), nota kursus (cetakan dan CD), T-shirt / topi (eksklusif dari MJ Fatonah) dan sijil.
Modul kursus meliputi:
1. Teknikal:

  • Potensi penternakan di Malaysia (isu & cabaran)
  • Teknik penternakan lembu & kambing
  • Reka bentuk Kandang
  • Baka-baka lembu & kambing
  • Pemakanan Seimbang Ternakan
  • Penyakit & Rawatan Ternakan
  • Pengurusan Pastura
2. Keusahawanan:

  • Pemasaran
  • Rancangan Perniagaan
  • Peluang Pembiayaan
3. Bonus:

  • Pembuatan Baja Kompos
  • Pembuatan Silaj (Makanan Ternakan)
  • Teknologi Probiotik EM
  • Penyembelihan Halal
Yuran hanya RM600.00 (3hari 2malam)
Hubungi Fatonah @ 012-3343800 atau Jamil @ 017-3343800

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing 12-14hb Mac 2011

Berdiri Dari Kiri: Azhani, Ahmad, Zamzamil, Albert, Qawiyy, Idzmir, Kuzman & Faizal.

Duduk Dari Kiri: Azmar, Rohayu, Fatonah, Jamil, Samsudin (penghulu) & Alif

Alhamdulillah.. Satu sessi kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing telah selesai dianjurkan. Terimakasih atas kerjasama semua peserta yang menjayakan program ini. MJ Fatonah amat berbesar hati menerima En Zamzamil yang semata-mata pulang ke Malaysia dari Abu Dhabi untuk mengikuti kursus ini.