Ayam Mutiara atau Ayam api-api
ini berasal dari Afrika. Mempunyai
keunikan dari bentuk fizikalnya, bulunya berbintik-bintik hitam kelabu dan
bunyi kokokan nyaringnya. Terlalu banyak
kelebihan menternak ayam mutiara ini berbanding ayam biasa. Antaranya:
·
Sebagai hiasan ladang kerana keunikan fizikanya
·
Sebagai ‘polis ladang’ kerana kokokan nyaringnya
boleh menghalau ular / pemangsa
·
Dagingnya berkhasiat dan rendah kolesterol (Bagi
setiap 100 gram, lemak dalam ayam mutiara cuma 2g manakala ayam daging, 6g)
·
Telurnya dipercayai mampu meningkatkan hubungan
kelamin.
·
Pengambilan makanannya juga tidak banyak
berbanding ayam biasa
·
Tahan lasak kepada cuaca panas
·
Daya tahan penyakit lebih tinggi
·
Produktif, mampu bertelur sehingga 30biji
semusim dan tempoh produktif sehingga 7tahun
Tempoh matangnya pula sembilan
bulan keatas. Tempoh pengeraman telur ayam mutiara adalah 28 hari. Ayam mutiara yang diternak bebas, suka
bertelur di dalam semak dan spesis ini tidak begitu baik keboleheramannya. Jadi, inkubator (mesin tetasan) diperlukan
untuk menetaskan telur-telurnya.
Stok terkini di ladang MJ
Fatonah adalah baka kelabu (seperti di gambar) sebanyak 120ekor.
Harga RM60/ekor (jantan atau betina).
Tawaran terkini RM100/pasang. Sehingga habis stok.
Hubungi 012-3343800 (Fatonah) untuk tempahan / maklumat lanjut.