Ahad, Februari 24, 2013

Lawatan Delegasi dari Long Pasia, Sabah

Menerima rombongan pendakwah dari Pusat Tahfiz As Syakirin, Bangi bersama deligasi dari Long Pasia, Sabah.  Rombongan lawatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal saudara baru yang sedang diberi suntikan iman dan Islam ke dalam diri mereka. 
Kami di MJ Fatonah Sdn Bhd mendoakan usaha murni Pusat Tahfiz As Syakirin mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt.
Terima kasih atas lawatan.

Ahad, Februari 17, 2013

Penyerahan Projek Ternakan Kambing Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor

MJ Fatonah Sdn Bhd telah menyempurnakan amanah yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk pakej penternakan kambing untuk Puan Nora binti Montil di Kg Bukit Cherakah, Jeram, Selangor.  Pakej ini termasuk:
1.  Pembinaan Kandang Kambing berukuran 12' x 20'
2.  Kambing Biak (Induk Boer 5ekor + Jamnapari pejantan 1ekor)
3.  Kambing Aqiqah (Baka Ferral 2ekor)
4.  Ubat-ubatan, peralatan rawatan & Nyahkuman
Beliau juga telah berpeluang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).

Kursus Usahawan Ternakan Kambing & Teknik Penyediaan BBQ Kambing

Akademi Usahawan MJ Fatonah akan mengadakan Kursus Usahawan Ternakan Kambing & Teknik Penyediaan BBQ Kambing pada 12-14hb Mac ini.
Fee hanya RM750/org shj utk pakej lengkap makan minum, penginapan, nota kursus, uniform (t-shirt & topi), beg kursus & sijil.

BONUS:
Peserta akan membawa pulang baja organik, marinate paste, bahan-bahan menu sampingan (whipped potato, mushroom soup, mayonis & sos2 BBQ)
Tempat terhad kpd 10peserta shj. Sila tempah tempat anda sekarang!

Sabtu, Februari 09, 2013

Jadual Kursus-kursus Anjuran JPV Selangor

Perkongsian maklumat dari JPV Negeri Selangor.
Tentatif Jadual Kursus Penternakan & Usahawan Veterianr (Mac - Jun 2013) adalah seperti berikut:
NO KURSUS TARIKH TEMPAT
1 Penternakan Ayam Kampung  5-7hb Mac 2013 ITU, Melaka
2 Penternakan Kambing & Produk Hiliran 12-14hb Mac 2013 Akademi Usahawan MJ Fatonah
3 GMP & Logo Halal 10-11hb April 2013 JPV Selangor, Shah Alam
4 Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan Produk 16-18hb April 2013 JPV Selangor, Shah Alam
5 Aplikasi Teknologi EM di Ladang Ternakan 24-25hb April 2013 PPVD Kuala Langat
6 Penternakan Ayam Pedaging 6-7hb Mei 2013 JPV Selangor, Shah Alam
7 Pembiakbakaan / AI Tarikh akn ditetapkan Ladang Ternakan Sg Nilam
8 Asas Perakaunan & Kewangan 21-23hb Mei 2013 JPV Selangor, Shah Alam
9 Penternakan Lembu Pedaging 11-13hb Jun 2013 JPV Selangor, Shah Alam & TKPM
10 Kaedah Pemasaran Produk Yg Lebih Efektif 25 - 27hb Jun 2013 Tempat akn ditetapkan

Sila layari www.dvssel.gov.my untuk maklumat lanjut & muat turun borang permohonan kursus atau dapatkan di JPV Daerah masing-masing.















































Ahad, Januari 20, 2013

Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)


Peluang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan secara Tajaan (PERCUMA) kepada belia oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS). Syarat penyertaan:
i. ANAK SELANGOR
ii. Menganggur / tidak bekerja tetap
iii. Umur: maksima 40tahun
iv. Telah menjalankan projek ternakan (kelebihan)

Tempoh kursus: 6hari
Tarikh Kursus: 5/2 - 10/2 (Batch 1) & 25/2 - 2/3 (Batch... 2)
Pakej Kursus: Makan minum, penginapan, latihan teori / amali, Uniform, beg kursus, nota kursus & sijil
Tempat Kursus: Akademi Usahawan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor

Tempat terhad kepada 30orang shj / batch. Cepat! rebut peluang ini.
Hubungi: Fatonah 012-3343800 untuk pendaftaran

Ahad, Januari 13, 2013

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN ANJURAN PERHEBAT

Kursus Usahawan Ternakan Lembu, Kambing, Ayam, Itik, Puyuh & Arnab dianjurkan sepenuhnya oleh PERHEBAT untuk:
1.  Bakal pesara tentera (Kursus Peralihan 6bulan)
2.  Pesara Tentera Tidak Berpencen (5hari)


Kepada pesara tentera yang berminat, sila SMS butir-butir peribadi (nama, no kad pengenalan awam/tentera, alamat & no telefon) kepada 012-3343800 atau emailkan ke mjfatonah@yahoo.com.  Butir2 ini akan diajukan kepada PERHEBAT untuk pertimbangan / kelulusan.

Jadual untuk Kursus Peralihan adalah seperti di bawah:


Divisyen Ternakan
Bulan 1
Bulan 2
Bulan 3
Bulan 4
Bulan 5
Bulan 6
Ternakan Lembu






Ternakan Kambing






Ternakan Ayam Kampung






Ternakan Itik






Produk Hiliran
-         Baja & Silaj






Pemasaran & Pengurusan







KURSUS USAHAWAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG, ITIK & PUYUH

Tarikh Kursus:
  1. 25 - 27hb Mei 2013
  2. 24 - 26hb Jun 2013


Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan ayam, itik dan puyuh tentang:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 Ladang

Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:


*                      Perkongsian Pengalaman Syarikat
*                       Potensi Kerjaya Penternakan Ayam Kampung, Itik & Puyuh
*                       Mengenal Baka Dan Pembiakan
*                       Teknik Pembersihan Reban & ‘Feeding’ (Amali)
*                       Pemakanan Seimbang Ternakan
*                       Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
*                       Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
*                       Penyakit Dan Rawatan (Teori & Amali)
*                       Penggunaan Probiotik Moden
*                       Rekabentuk Reban & Fasiliti Ladang
*                       Pemasaran Berkesan
*                       Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
*                      Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan)

Untuk mendaftar:

  • SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800
  • Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735.  Baki yuran dibayar pada hari kursus.
  • Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.

Ahad, Oktober 28, 2012

Liputan KOSMO - Rencana Utama (28hb Okt 2012)

'Penyembelih haiwan mesti berani'

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



RAUT wajah Siti Fatonah Arbain nampak tenang ketika berdepan seekor kambing yang telah direbahkan di atas rusuk kiri. Sambil menggenggam sebilah pisau khas yang diletakkan di leher haiwan tersebut, wanita berusia 43 tahun itu sempat membetulkan posisi tubuhnya.
Seboleh-bolehnya dia mahu lekas melakukan penyembelihan tersebut kerana enggan memberi tekanan kepada kambing baka import daripada jenis ferral itu.
Sejurus membaca kalimah syahadah, Fatonah memutuskan dua urat leher kambing itu dari kiri ke kanan dengan sepenuh kudrat wanitanya. Beberapa orang pekerja membantunya memegang haiwan itu agar tidak meronta-ronta.
"Kita seharusnya segerakan proses penyembelihan selepas haiwan ditumbangkan kerana tidak mahu berterusan memberi tekanan dan menyeksanya.
"Kita disunatkan menggunakan pisau sembelih khas yang tajam bagi mengurangkan kesakitan haiwan itu semasa disembelih," kata Fatonah sejurus melakukan proses tersebut yang dilihat begitu mudah.
Fatonah mengikuti kursus penyembelihan haiwan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2005 sekali gus mendapat pentauliahan daripada jabatan agama itu. Dia merupakan satu-satunya peserta wanita dalam kalangan 45 peserta dalam kursus selama empat hari itu.

FATONAH merupakan segelintir wanita di negara ini yang memiliki sijil pentauliahan untuk menyembelih haiwan.


Menganggap tugasan tersebut sebagai tuntutan fardu kifayah, Fatonah bagaimanapun enggan mengambil alih tugas lelaki sebagai tukang sembelih. Dia sebaliknya mempersiapkan ilmu tersebut untuk kegunaan waktu darurat.
"Saya belajar cara menyembelih disebabkan tanggungjawab yang harus dipikul. Apatah lagi saya dan suami merupakan pengusaha ladang ternakan haiwan. Jadi ilmu berkaitan seharusnya saya tahu.
"Selalunya tugas menyembelih ini saya berikan kepada suami. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk menyembelih terutamanya semasa ketiadaan suami atau berdepan dengan haiwan yang sedang nazak akibat masalah kesihatan.
"Saya sebenarnya sudah jarang menyembelih kerana melakukan tugasan lain di ladang ini," katanya.
Jelas Fatonah, seorang wanita seharusnya memiliki ilmu tersebut sekurang-kurangnya sebagai persediaan untuk kegunaan ketika memerlukannya.
Begitupun, stigma masyarakat tentang penglibatan wanita dalam proses tersebut turut menjadi penghalang buat golongan hawa untuk pergi jauh dalam bidang itu.
Bagaimanapun ia bukan alasan untuk Fatonah berada selangkah di hadapan.
"Untuk menyembelih tidaklah terlalu sukar. Apa yang penting adalah ilmu dan keberanian. Cuma persepsi negatif segelintir masyarakat menyebabkan tukang sembelih wanita dipandang sebelah mata.
Makruh

BERMESRA dan 'berbual-bual' dengan haiwan peliharaannya menjadi rutin harian Fatonah.


"Tiada salahnya jika wanita melakukan penyembelihan kerana rukun menyembelih tidak mensyaratkan lelaki sebagai tukang sembelih.
"Cuma tindakan itu makruh. Saya sendiri mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang tidak memahami perkara itu.
"Ada orang yang pernah menyatakan bahawa daging haiwan yang saya sembelih tidak boleh dimakan oleh orang lelaki, hanya orang perempuan yang boleh memakannya. Itu tidak benar," kata Fatonah ketika ditemui Jurnal di ladang ternakan miliknya di Kampung Teluk Penyamun, Kuala Selangor, Selangor.
Fatonah dan suaminya, Mohamad Jamil Mahidin, merupakan usahawan ternakan yang berjaya. Antara haiwan yang diternak mereka atas nama MJ Fatonah Sdn. Bhd. termasuklah lembu, kambing, ayam belanda, ayam mutiara, ayam kampung, itik, puyuh dan arnab.
Perusahaan tersebut ditubuhkan sejak tahun 2005 selepas 15 tahun Fatonah terlibat dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di sebuah kilang pembuatan badan pesawat.
Tanah seluas 8,093 meter persegi yang dikelilingi ladang kelapa sawit di Kuala Selangor itu menjadi lokasi penternakannya. Di situ juga terdapat ruang-ruang tertentu untuk peserta kursus bidang penternakan yang dianjurkan oleh MJ Fatonah.
Bergelar usahawan ternakan membuatkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu tegar kepada cabaran apatah lagi setiap hari dia perlu berdepan dengan bau haiwan dan persekitaran yang dianggap kurang selesa oleh orang lain.
Namun, dia tidak pernah mengeluh bahkan kerjaya itu sangat bermakna baginya biarpun terpaksa bekerja pada hari raya.
Jelas Fatonah, musim hari raya korban pada setiap tahun merupakan waktu paling sibuk kerana dia perlu membekalkan lembu dalam jumlah yang banyak pada masa yang hampir serentak.

Dia mengakui dirinya tidak kisah untuk beraya di dalam ladang itu.
"Setelah selesai melakukan ibadat korban di kawasan kediaman saya di Kampung Melayu Subang di Shah Alam, Selangor, saya akan bergegas ke sini (Kuala Selangor). Jubah hari raya akan ditukar kepada uniform ladang sejurus lembu korban saya selesai disembelih.
"Tempoh beberapa hari sebelum hari raya haji dan hari tasyrik (hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijah) merupakan waktu paling sibuk dalam setahun.
"Kalau orang lain beraya bersama keluarga sambil bergotong-royong melakukan ibadat korban, saya pula berhari raya di atas lori untuk menghantar lembu-lembu kepada pelanggan," katanya berjenaka.

Rabu, Oktober 10, 2012

Perlantikan Panel Pembekal Bekalan / Perkhidmatan PERHEBAT

Alhamdulillah, syukur pada Allah, MJ Fatonah Sdn Bhd telah dilantik menjadi Panel Pembekal Bekalan & Perkhidmatan PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera).  MJ Fatonah Sdn Bhd melalui Akademi Usahawan Ternakan membuka peluang kepada bakal pesara tentera yang ingin menjalani Latihan Peralihan di bidang penternakan lembu, kambing, ayam kampung & itik.
Kepada bakal pesara tentera yang berminat, sila hubungi Bahagian Latihan PERHEBAT untuk maklumat lanjut.

Selasa, Oktober 09, 2012

Perlantikan Sebagai Penyedia Latihan Untuk Siswazah Anak Selangor

TAWARAN ISTIMEWA Untuk Siswazah Anak Selangor,
 Kumpulan Perangsang Selangor telah melantik MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai Penyedia Latihan untuk Kursus Penternakan di bawah program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS).
Anda adalah dipelawa untuk mengikuti program ini yang akan berlangsung dari 15-20hb Okt 2012 (enam hari).   Untuk maklumat lanjut, hubungi En MJ @ 017-3343800

Projek Ternakan yang dicadangkan ialah Lembu, Kambing, Ayam Kampung, Itik & Puyuh.

Menandatangani MoU di antara MJ Fatonah Sdn Bhd dengan Kumpulan Perangsang Selangor disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
 Barisan Penyedia Latihan, Pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor & Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
 Penyerahan MoU di antara MJ Fatonah Sdn Bhd dengan Kumpulan Perangsang Selangor
Keratan akhbar melaporkan tentang bajet yang diperuntukkan untuk program ini

Isnin, Oktober 08, 2012

Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung & Itik Sessi Oktober

Kursus Sessi Oktober akan dijalankan pada 13-14hb Okt 2012 ini. Yuran serendah RM400/org untuk pakej lengkap makan minum, penginapan, latihan teori/amali, nota, sijil, uniform dan berbagai kemudahan ladang.
Untuk pendfataran penyertaan, sila sms nama dan no kad pengenalan kepada Puan Fatonah @ 012-3343800.
 
 Peserta Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung & Itik Sessi September (23-24hb Sept 2012)
 Vaksinasi anak ayam (DOC) dengan ND-IB1
 Amali memberi itik makan
 Penyediaan makanan untuk anak ayam (DOC)
 Penggunaan EM di dalam penternakan ayam kampung & itik di MJ Fatonah Sdn Bhd
 Amali memberi ayam & itik makan
 Amali menangkap itik
 Amali penyembelihan halal
Mendengar taklimat & teori di bilik kuliah yang selesa

Jumaat, September 21, 2012

Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS)

Peluang kepada semua siswazah anak Selangor yang berminat menceburkan diri di bidang penternakan ayam kampung, itik, lembu & kambing.  Program yang ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) ini akan berlangsung selama 6hari bermula 15hb - 20hb Okt 2012 di Akademi Usahawan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor.  
Aturcara Program:
1. SEMINAR POTENSI KERJAYA DI DALAM PENTERNAKAN: 
    •  Tempoh:          1 hari (15hb Okt 2012, 9.00am - 5.00pm) 
    •  Matlamat:  Membuka minda siswazah tentang potensi kerjaya penternakan & memilih bidang ternakan yang mereka minati 
2. KURSUS USAHAWAN TERNAKAN
  •  Tempoh:          5 hari (16hb - 20hb Okt 2012, 8.30am - 10.00pm)  
  •  Matlamat:   Mendalami dunia penternakan secara hands on (30% teori + 70%)   praktikal di ladang

 Kenapa siswazah patut menceburi bidang pertanian-penternakan ???
  Ibadah menternak & berniaga sebagai sunnah Rasulullah SAW
  Mengelakkan pengangguran – masalah sosial
  Tanah warisan yang terbiar
  Menghindarkan penghijrahan belia ke bandar
  Memajukan kawasan luar bandar
•  Keraguan halal terhadap bekalan import
  Memenuhi keperluan pasaran – masih di import
 
Kepada siswazah yang layak dan berminat untuk menyertai program ini, sila daftarkan nama anda kepada En Jamil MJ (017-3343800)

Jumaat, Ogos 17, 2012

Set Pemanggang (BBQ) Kambing

Set Pemanggang (BBQ) kambing ini direka dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.  Pakej lengkap dengan:
* Unit Utama:
    Terdiri dari kotak stainless steel untuk menempatkan bara pemanggang
    Kotak keliling yang di lubang udara (membebaskan haba)
* Rak bawah:
   Untuk menempatkan peralatan pemanggang
* Jaring:
   Untuk memanggang hirisan daging kambing
* Tool Pencucuk:
   Untuk mencucuk sepanjang badan kambing
* Tool Pemegang Kaki Kambing
   Tool berbentuk U untuk mencucuk keempat-empat belah kaki kambing
* Tiang Penyokong:
   2 batang tiang untuk menyokong Tool Pencucuk
* Pemutar Kambing:
   Dilengkapi dengan cakera pengunci untuk memutar / membalik-balikkan kambing ketika memanggang
* Roda:
   Sepasang jenis bebas (bewel) dengan pengunci (stopper) dan sepasang lagi jenis kekal bagi memudahkan pergerakan pemanggang

Harga Istimewa: RM2500 (Deposit pengesahan pesanan RM500)
Tempahan: 2minggu - 1bulan dari tarikh penerimaan deposit
Sila hubungi: MJ @ 017-3343800