Rabu, Januari 29, 2014

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi-1 Tahun 2014

Program kursus bermula seawal minggu kedua, iaitu pada 11hb - 13hb Januari 2014.  Kursus ini dihadiri oleh 12orang peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia.  7 orang peserta menghadiri Kursus Usahawan Ternakan Ruminan manakala 5 orang lagi mengikuti Kursus Usahawan Ternakan Unggas.  Di akhir kursus, peserta memberi komen yang positif dan berpuas hati dengan modul yang disusun, fasiliti yang disediakan dan makan minum yang menepati citarasa semua.

Terimakasih atas amanah yang diberikan kepada Akademi Usahawan MJ Fatonah, semoga maju jaya dan akan bersama-sama membangunkan dunia keusahawanan ternakan.

Berdiri Dari Kiri:               Firdaus, Farizan, Shahizat, Naqiuddin, Azihan, Yusof, Shuhairin & Arif
Duduk Dari Kiri:                Hisham, Nawi, Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Rosskelly & Jamal Nasir

Selasa, Januari 28, 2014

Papantanda Baru Menyambut 2014


Papantanda baru yang ditempah sempena menyambut Tahun Baru 2014.  Tahun baru dengan azam dan semangat baru.  Sengaja diletakkan gambar kami agar pelanggan terus mengenali.. Inilah dia MJ dan Fatonah.
Papantanda ini dipasang di pintu masuk Akademi.  Papantanda yang lain ditempatkan di jalan masuk Kampung Teluk Penyamun (jalan besar), Lorong Rizab 2 (simpang pertama) ke ladang dan di Kampung Kuantan Kelip2.  Harap-harap yang di luar sana tidak akan di sembur dengan sebarang NOMBOR dan tidak ditampal oleh pengiklan syarikat pinjaman peribadi... hihi

Ahad, Januari 19, 2014

Tahun Baru Dengan Tekad Azam Baru

Selamat Tahun Baru kepada semua..
2 bulan tak dapat update blog ni.. Maaf sangat2 sebab agak busy dengan program2 di Akademi.  Banyak tertinggal cerita ni..
Insya Allah, akan update program di ladang dan di Akademi dari mase ke semase..